buffet ramadhan shah alam tagged posts

Majlis Iftar Anjuran Denaihati Bersama Blogger

Salam pembaca,

Murah sunguh rasanya rezeki saya untuk ramadhan tahun ni. Ada saja undangan iftar dari rakan blogger. Kalau hari tu saya pergi majlis iftar di Royale Bintang Kuala Lumpur bersama dengan anak yatim atas jemputan Akma Omar. Kali ni saya dapat jemputan pula dari Denaihati Network untuk berbuka bersama blogger. Terima kasih bebanyak ler saya ucapkan pada abam Kid a.k.a Shakkido a.k.a Hisyamuddin Fadzil. Siapa lagi kalau bukan blogger yang femes tuu.. Kalau nak kenal pi masuk blog dia kat sini –> Shakiddo

Pada hari tersebut saya tak sangka ramai rupanya rakan-rakan blogger yang datang dengan keluarga masing-masing.  Lebih kurang dalam 70 orang kami berkumpul dan beramah mesra. Ada beberapa blogger yang memang saya dah pernah jumpa sebelum ni semasa di majlis Sepetang Bersama Blogger 2014. Tapi yang belum pernah jumpa pula rasa seronok sebab dapat berjumpa, berkumpul dan beramah mesra. Sebelum ni kami hanya tegur-tegur dalam blog masa blogwalking...

Jom Baca Lebih Lanjut.......