buffet ramadhan tagged posts

Buffet Ramadhan Casa Ombak – Konsep Berbuka Dalam Taman

Salam pembaca,

Saya percaya sepanjang bulan ramadhan mesti ada diantara kita akan cuba meluangkan masa untuk berbuka diluar bersama rakan-rakan atau pun keluarga. Sekali sekala memilih untuk berbuka di luar pun seronok juga kan. Dapat juga berkumpul, beramah mesra, mengeratkan silaturrahim serta merapatkan ukhuwah. Ada banyak tempat-tempat  menarik yang kita boleh pergi untuk berbuka di luar. Semestinya lokasi yang menawarkan hidangan secara buffet menjadi pilihan ramai.

buffet-ramadhan-casa-ombak

Jika anda sukakan suasana majlis berbuka berkonsepkan dalam taman di Kuala Lumpur, Casa Ombak @Jalan Damai, Kuala Lumpur adalah lokasi yang anda patut kunjungi. Walaupun ianya terletak di tengah bandaraya, tetapi tempat tersebut bukan lah sukar untuk ditemui. Dengan berpandukan sistem GPS seperti applikasi Waze, anda pasti akan tiba dengan selamat.

Untuk pengetahuan anda, Casa Ombak bukanlah sebuah restoran. Ianya adalah sebuah halaman kawasan banglo mewah...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Promosi Buffet Ramadhan Terbaik Ala Kampung di Royale Bintang Kuala Lumpur

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Tanggal 29 Jun 2014 umat Islam seluruh Malaysia akan menjalani ibadah berpuasa. Apabila tiba sahaja bulan ramadhan antara perkara yang selalu disembangkan ialah juadah untuk berbuka puasa. Ada yang suka mengunjungi bazar ramadhan kerana pelbagai pilihan makanan yang menarik. Ada juga yang suka memasak sendiri dengan menu-menu baru untuk hidangan keluarga. Dan tak lupa juga ada yang memilih untuk berbuka puasa di luar seperti di restoran atau hotel yang menyediakan hidangan buffet yang menarik. Apa sahaja pilihan kita untuk berbuka asalkan ianya menepati selera masing-masing.

Ramadhan-e-newsletter-buffet-shamphotography-bulan-puasa

Bercakap pasal hidangan buffet ni saya boleh cadangkan satu lokasi berbuka puasa yang memang menarik terutama bagi mereka yang gemar masakan ala kampung. Tempat tersebut ialah The Royale Bintang Kuala Lumpur. Sepanjang bulan ramadhan ini, Sunflower Brasserie menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa dengan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan citarasa ala kampung...

Jom Baca Lebih Lanjut.......