cabaran menulis blog tagged posts

Misi Bulan April Bersambung Bulan May

Salam pembaca,

Sedkit kecewa bila tak berjaya menyahut cabaran yang diberikan oleh leader bulan lepas. Cabaran simple jer pun. Buat 20 entri dalam masa sebulan. Itu pun tak lepas. Kalau ikutkan blog niche kesihatan ni banyak cetusan idea yang boleh kita tulis dan kongsikan. Tapi roh penulisan tu susah betul nak meresap di jari-jari manisku ini. Ekekeke.. Sudahnya, semua entri duduk dalam draft. Bila nak sambung takda idea pula dah. Aduhh.. Nak kena lebih komited dan rajin lagi dalam bab-bab blogging.

Tapi itu tak bermakana saya tak boleh buat cabaran tersebut. Saya mesti BOLEH. Kalau December 2013 saya berjaya post sebanyak 23 entri dalam masa sebulan, tak mustahil saya boleh buat lagi. Malah lebih banyak entri yang mampu saya tulis dan kongsikan dengan semua orang.

Untuk membuktikan saya boleh, cabaran bulan lepas saya bawa ke bulan ni. Walaupun tiada hadiah yang menanti tak kisah lah.. Bagi saya mencabar diri sendiri adalah cabaran paling besar...

Jom Baca Lebih Lanjut.......