cerita peribadi tagged posts

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim Di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Dah nak masuk dua minggu kita menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Rasa macam sekejap jer kan. Lepas nie semua orang dah sibuk dengan persiapan menjelang hari raya pula. Dalam kita bergembira jangan lupa pula pada mereka yang kurang bernasib baik. Salah satu cara yang boleh kita buat ialah dengan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan. Insya-allah lebih banyak kita memberi lebih banyak kita menerima. 🙂

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-6

Baru-baru saya berkesempatan memenuhi undangan program amal berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur. Program sebegini adalah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak hotel Royale Bintang Kuala Lumpur sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk golongan yang kurang bernasib baik. Terima kasih buat rakan blogger iaitu sis Akma Omar atas jemputan ini. Beberapa rakan blogger turut juga bersama-sama memeriahkan majlis ini antaranya sis Hanny, Hazman, Nam...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Zombie Run 2014 Mengganas di Putrajaya

Salam pembaca,

Walaupun dah seminggu berlalu, tapi penangan zombie run masih lagi terasa. Luka dekat lutut baru jer nak kering, bengkak dah surut sedikit dan lebam masih belum hilang. Kenangan kena kejar dengan macam-macam jenis zombie memang tak kan dilupakan. Ada zombie kampung pisang, ada zombie sasa, ada zombie pirate, ada zombie askar. Macam-macam lah.. Lepas tu semua zombie agresif gila dok kejar manusia. Macam dah lama tak dapat otak manusia. Ntah apa yang sedap otak manusia pun tak tahulah. Rasanya otak burung unta lagi sedap kan. Hahaha..

Itu lah kenangan kali pertama join Zombie Run Malaysia. Bila member tag dalam FB ajak join, terus usulkan pada husband. Menarik ni kalau join. Malam tu juga google dan cari info pasal zombie run. Rupanya dah pernah ada tahun lepas. Ingatkan baru nak buat tahun ni. Ekekeke.. Lepas dah buat kerja-kerja KGB kita orang pun tak fikir panjang dah. Terus setuju jer. Untuk join zombie run cuma bayar RM112 untuk satu team...

Jom Baca Lebih Lanjut.......