ESP Shaklee tagged posts

Promosi ESP Shaklee Datang Lagi

Salam pembaca,

Promosi ESP Shaklee muncul buat kali ke dua dalam masa setahun. Hebat tak? Bulan March hari tu dah ada promosi Beli 6 Percuma 1. Kali ni bulan Oktober ada lagi. Tak percaya ker? Saya pun mula-mula tak percaya gak. Tak kan lah dah buat promosi masa bulan Mac lepas tu buat lagi untuk bulan Oktober. Tapi kena percaya juga! Sebab memang betul pun Promosi ESP Beli 6 Percuma 1. Si pengguna tegar ESP terutama golongan ibu menyusu memang konfem borong sakan punya lah. Masa ni lah nak re-stock balik bekalan ESP dekat rumah. 😀

Yang terlepas peluang untuk beli masa awal tahun hari tu jangan risau. Tak perlu fikir panjang, sambar terus 6 tong ESP bulan ni. Dapat percuma satu tong. Dekat situ sahaja dapat jimat RM150. Lepas tu layak pula jadi ahli Shaklee secara percuma. Haa.. Jimat lagi sebanyak RM65. Dah berapa tu penjimatan boleh dapat. Kira lah sendiri RM 150 + RM65. Pssttt…. ada tambahan lagi tau. Bulan seterusnya dapat bonus atau pun cash rebate dalam RM30++...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Tips Tak Lalu Minum ESP

Salam pembaca,

Ada setengah orang yang dah biasa minum air soya bila rasa soya ESP tak lalu nak minum.. Contohnya macam saya.. Saya jenis suka minum soya.. Walaupun tak hari-hari, tapi bila singgah 7-E atau Petronas Mesra antara air pilihan yang dibeli ialah air kotak soya.. Sebabnya bila minum air soya boleh bagi rasa kenyang.. Oleh kerana ESP adalah minuman soya yang asli jadi rasanya memang lain sangat dengan minuman soya yang biasa.. Tiada rasa manis dan rasa seperti minum air yang dicampur dengan tepung.. Tapi produk yang baik selalunya memang rasa tak sedap kan? Hehehe…..

Setiap kali bila ada customer yang bertanya pasal ESP mula lah saya rasa serba salah nak cerita tentang rasa.. Bab kebaikan ESP pula takda masalah.. Laju jer bercerita.. Hehe… Ye lah.. Lain orang lain seleranya.. Takut ada yang tak lalu dan membazir pula kalau tak diminum.. Padahal ESP boleh dibancuh dengan minuman lain.. Bukan minum kosong macam tu sahaja..

Setakat ni dah 2 tin ESP saya minum....

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Rahsia Wajah Lebih Cantik dan Muda Dengan Shaklee

Salam pembaca,

Promosi Shaklee bulan Oktober nie sangat mengujakan bagi mereka yang OBSES TENTANG CANTIK. Ada yang rasakan perlu tampil cantik untuk nampak lebih berkeyakinan, ada yang perlu kelihatan cantik untuk pikat hati suami, ada yang perlukan cantik demi kerjaya. Agak-agak korang kenapa perlu tampil cantik? Secara peribadi, bagi saya tampil cantik itu penting sama ada cantik  penting dan yang paling penting sekali cantik dalam. Kalau dalam cantik, maka luar pun cantik jugak lah kan.. Betul tak..?

jutawan shaklee

Cantik dalam dari sudut kesihatan boleh di kaitkan dengan sel-sel di dalam badan.  Hampir keseluruhan badan kita diliputi oleh sel antaranya sel kulit, sel otak, sel darah, sel kuku, sel DNA dan lain-lain. Apabila sel-sel badan ini dibekalkan dengan nutrisi yang cukup, berkhasiat dan lengkap maka boleh memberikan kesihatan yang baik...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Rahsia minuman ESP yang sedap, lazat dan mengenyangkan

Salam pembaca,

Dah beli ESP best selling produk Shaklee tu? Kalau belum lagi memang tersangat-sangatlah rugi. Minuman protein soya yang membekalkan 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita untuk membina sel-sel baru dalam tubuh badan. Ditambah pula dengan khasiat kalsium menjadikan ESP sesuai untuk menambahkan kesihatan tulang. Dan ESP juga menjadi kegilaan bagi mereka yang dambakan kulit yang cantik, menambah susu ibu serta menurunkan berat badan. Siapa yang dah cuba ESP mesti akan repeat order. Hebat sungguh penangan ESP ni..! 🙂

shaklee trial pack

Cara pengambilan ESP

ESP dibancuh menggunakan air sejuk kosong sahaja. Air panas DILARANG sama sekali. Ini kerana khasiat protein akan musnah jika dibancuh menggunakan air panas. Anda cuma perlu bancuh, goncang dan minum. Sebaiknya goncang di dalam bekas shaker untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan berbuih.

Variasi Resepi ESP

ESP juga boleh dibancuh dengan mana-mana air sebenarnya dan tidak terhad kepada air kosong sahaja...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Rahsia Resepi Masker ESP – Kulit Lembut, Halus dan Cantik

Salam pembaca,

Tahu tak yang ESP Shaklee bukan sekadar untuk diminum, malah boleh juga dibancuh untuk dibuat masker? Salah satu keistimewaan ESP ialah ianya boleh dibancuh dijadikan masker muka supaya wajah lebih cerah, lembut dan bersih.

Dari dulu lagi saya amalkan penggunaan masker sekali seminggu. Lepas pakai masker jenama X, kulit rasa macam biasa jer dan tetap kering. Tak rasa perbezaan pon bila lakukan facial sendiri di rumah. Tapi lepas menggunakan masker ESP memang terasa sangat perbezaannya. LEMBUT, LICIN dan BERSIH!

Tak seronok rasanya tahu kebaikan tapi tak dikongsi kan bersama. Jadi saya kongsi resepi ESP masker so korang boleh cuba sendiri di rumah.. 🙂

masker esp shaklee

Bahan-bahan:

1 sudu kecil ESP

1 sudu kecil plain yogurt

Sedikit madu asli

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan sehingga rata.

Sapukan pada seluruh wajah, kecuali bahagian mata dan mulut.

Biarkan 10-15min atau sehingga kering.

Bilas dengan air bersih.

Nota:

1...

Jom Baca Lebih Lanjut.......