event blogger tagged posts

Senarai Kedudukan Peserta SBB2014 Dah Keluar

Salam pembaca,

Teka teki dekat mana saya duduk untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 sudah pun terjawab. Tengah hari tadi dah diumumkan senarai kedudukan meja untuk para peserta. Kalau ikutkan saya datang bersama suami, so ingat kan dapat lah duduk satu meja. Tapi hakikatnya bila tengok kedudukan meja kita orang….. Argghh tidak…… Jauhnya kita orang telah dipisahkan. Saya duduk di meja no 19, suami pula duduk di meja 8. Kalau meja sebelah ke, meja depan ke ok lah jugak. Tapi nun sorang di timur, sorang di barat.

Ok, bertenang.. Jangan ‘kancheong’ sangat. Tujuan nak pergi majlis ni nak beramah mesra, nak kenal blogger yang ada di Malaysia, nak expand networking dan sebagainya. Kalau berkepit nanti tak berkenalan pula dengan orang sebelah kan. Elok juga mereka pisahkan kita orang. Pandai-pandai lah bawa diri esok. Betul tak? 😀

Bila lihat senarai peserta yang satu meja dengan saya kenal 2 orang blogger je iaitu Farah Waheda dan Ayue Rejaluddin...

Jom Baca Lebih Lanjut.......