food review tagged posts

Promosi Buffet Ramadhan Terbaik Ala Kampung di Royale Bintang Kuala Lumpur

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Tanggal 29 Jun 2014 umat Islam seluruh Malaysia akan menjalani ibadah berpuasa. Apabila tiba sahaja bulan ramadhan antara perkara yang selalu disembangkan ialah juadah untuk berbuka puasa. Ada yang suka mengunjungi bazar ramadhan kerana pelbagai pilihan makanan yang menarik. Ada juga yang suka memasak sendiri dengan menu-menu baru untuk hidangan keluarga. Dan tak lupa juga ada yang memilih untuk berbuka puasa di luar seperti di restoran atau hotel yang menyediakan hidangan buffet yang menarik. Apa sahaja pilihan kita untuk berbuka asalkan ianya menepati selera masing-masing.

Ramadhan-e-newsletter-buffet-shamphotography-bulan-puasa

Bercakap pasal hidangan buffet ni saya boleh cadangkan satu lokasi berbuka puasa yang memang menarik terutama bagi mereka yang gemar masakan ala kampung. Tempat tersebut ialah The Royale Bintang Kuala Lumpur. Sepanjang bulan ramadhan ini, Sunflower Brasserie menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa dengan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan citarasa ala kampung...

Jom Baca Lebih Lanjut.......