Info Kesihatan tagged posts

Kisah Telur Separuh Masak dan Khasiat Untuk Kesihatan

Salam pembaca,

Siapa suka sarapan pagi makan telur separuh masak? Pastu letak kicap cair atau garam dan tambah sedikit lada putih. Kacau perlahan-lahan dalam mangkuk kecil, pastu hirup semasa tengah suam-suam kuku. Fuhh…memang layan habis kalau dapat makan pagi-pagi. Tak kisah lah makan kat kedai mamak ker, makan kat kedai mahal ker. Yang penting makan kat rumah adalah paling best. Kenapa? Sebabnya boleh pilih jenis telur, diyakini bersih dan jimat. Hehehe…

Kebetulan Ahad lepas saya dan suami takda plan apa-apa. Memang sesi memalaskan diri di rumah. Mood nak memasak pun malas juga. Tapi sarapan pagi tetap kena ambil gak. Jadi pergi dapur selongkar almari nampak lah bekas rebus telur. Dah lama beli tapi jarang-jarang guna. Jadi time malas nie memang sesuai sangatlah kan. Cepat, mudah, ringkas dan yang penting berkhasiat. Kenapa saya cakap berkhasiat? Jom kita tengok manfaat telur untuk kesihatan kita.

4 Khasiat Telur Untuk Kesihatan

 khasiat telurKredit gambar: Sumber dari google

1. Khasiat Protein

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Hapuskan Aedes, Cegah Demam Denggi

Salam pembaca,

Semakin hari semakin meningkat kes demam denggi yang berlaku di negara kita.. Ada sahaja kes terbaru yang dilaporkan dalam berita.. Mengikut laporan di dalam surat khabar kes demam denggi meningkat hampir 100% dari tahun lepas.. Antara negeri yang mencatatkan kes demam denggi paling tinggi ialah negeri Selangor.. Rasa takut bila melihat statistik kes denggi di Malaysia tak pernah turun.. Jangan main-main dengan demam denggi, jika lambat di rawat boleh menyebabkan kematian.. Nauzubillahiminzalik..

performance drink untuk pesakit denggiSumber gambar dari Google

Saya ada baca satu artikel dari blog Malaysia Medical Gazette yang sangat menarik penjelasannya tentang masalah denggi .. Ianya ditulis oleh Dr Alya Hamzah, seorang pegawai perubatan paediatrik.. Diharap perkongsian artikel ini dapat menambah kesedaran kita mengenai bahaya demam denggi..

Mengapa demam denggi boleh wujud di Malaysia ?

Cuaca di negara kita yang menerima sinaran matahari terik dan hujan sepanjang tahun mewujudkan keadaan yang sangat sesuai...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Mitos Tentang Penyakit Kencing Manis

Salam pembaca,

Lagi satu penyakit berisiko tinggi di Malaysia ialah penyakit kencing manis.. Hakikatnya memang ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit berbahaya ni.. Pelbagai kempen kesedaran telah di jalankan oleh pihak yang bertanggung jawab mengenai betapa bahaya nya risiko penyakit kencing manis jika tidak dicegah dari awal.. Namun mentaliti masyarakat Malaysia masih lagi tidak berubah.. Jika ya, pasti statistik jumlah pesakit kencing manis akan menurun.. Tapi tidak sebenarnya.. Malah risiko rakyat Malaysia mengidap kencing manis meningkat setiap tahun..

Jadi sebagai langkah inisiatif tentang kesedaran penyakit kencing manis, saya kongsikan di sini 5 Mitos Tentang Penyakit Kencing Manis.. Mungkin ada di antara kita yang tahu barangkali terlupa mengenainya.. Semoga info kesihatan ini dapat di manfaatkan bersama-sama.. 🙂

Sumber asal di ambil dari The Malaysia Medical Gazzette

5 Mitos Tentang Penyakit Kencing Manis

Pada 2011, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHM...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

6 Tips Penjagaan Sistem Penghadaman

Salam kepada para pembaca.

Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia disambut pada 29 Mei setiap tahun. Bukan semua diantara kita yang tahu akan kewujudan hari tersebut dan sebenarnya saya pun baru tahu tentang perkara ini. Ini bermakna sistem penghadaman badan kita adalah perkara yang amat penting dan perlu dijaga dengan baik.

Untuk pengetahuan para pembaca di luar sana, sistem penghadaman merupakan salah satu sistem yang terbesar dalam tubuh, ianya bukan setakat untuk menghadamkan makanan dan menyerap nutrien tetapi ia juga merupakan bahagian utama sistem pertahanan kita. Tanpa sistem penghadaman yang sihat, kita mungkin akan menderita akibat kekurangan zat makanan dan berisiko untuk mendapat penyakit merbahaya.

sistem-penghadaman-manusia-vitamin4kesihatan

Memandangkan sistem penghadaman memainkan peranan yang begitu penting, ia layak mendapatkan penjagaan dan pemerhatian yang sewajarnya daripada kita. Bagaimana dan bila kita makan mempengaruhi kelancaran fungsi sistem penghadaman.

Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

Jom Baca Lebih Lanjut.......

5 langkah mengurangkan berat badan anda

Salam hormat kepada para pembaca,

Kempen pilihanraya umum ke 13 sudah pun selesai dan sekarang marilah kita berkempen untuk kurangkan berat badan pula.

Masalah berat badan berlebihan adalah menjadi masalah setiap negara dan bukan hanya di Malaysia sahaja tapi bagaimanakah langkah untuk kita mengurangkan berat badan?

berat-badan-berlebihan

Tahukah anda? Individu yang mengambil sarapan pagi yang sihat setiap hari lebih mudah mengelakkan kenaikan berat badan selepas mengalami penurunan berat badan.

Memiliki berat badan yang berlebihan juga akan meningkatkan lagi risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis ataupun darah tinggi. Pengurangan berat badan juga dapat memperbaiki tahap kesihatan, keyakinan diri dan juga penampilan yang lebih bergaya.

Pengamalan diet adalah sebahagian daripada pengurangan berat badan, tetapi ini tidak bermakna anda perlu berasa lapar. Diet yang betul seharusnya membuatkan anda berasa kenyang dan berpuas hati.

Jadi apakah 5 langkah yang boleh dilaku...

Jom Baca Lebih Lanjut.......