kenangan lama tagged posts

Rindu Dengan Kenangan Zaman Sekolah

Salam pembaca,

Orang cakap zaman sekolah adalah zaman yang paling best dalam hidup. Masa tu tak payah nak fikir apa-apa pun. Pergi sekolah, balik sekolah, makan, main dan tidur. Hahaha.. Takda runsing nak pikir nak cari duit bayar hutang, stress dengan kerja-kerja dekat ofis, kalau dah berkeluarga pula dengan hal anak-anak pula. Kalau ada masalah pun cinta monyet jer kot.. Frust sebab orang yang kita suka dah ada yang punya.. Tak sesuai tau.. Hahaha.. Nasib baik zaman sekolah dulu saya tak reti nak bercinta.. Ekekeke..

Baru-baru ni ada kawan sekolah lama merangkap kawan baik tag saya dengan satu gambar masa zaman sekolah menengah. Bila tengok gambar tu macam tak percaya pula. Sebabnya gambar tu siap keluar dalam surat khabar lagi. Gambar lama yang di ambil pada  tahun 1995.. Fuhhh, dah lebih daripada 10 tahun.. Tak tau siapa pengirim gambar tersebut. Yang pasti bila tengok gambar tu memang teringat balik zaman sekolah. Rindunya nak pegang kayu hoki dan dribble bola atas padang turf.

gambar-kenangan-pemain-hoki-sekolah-tahun-1995P...

Jom Baca Lebih Lanjut.......