khasiat susu ibu tagged posts

Khasiat Susu Ibu Boleh Mencegah Diabetes Di Usia Muda

Salam pembaca,

Baru-baru ni saya ada post keratan akhbar dari The Star pasal ‘Young and Diabetic’ .. Jika ada yang perasan sejak akhir-akhir ni isu penyakit kencing manis sering kali di bincangkan.. Tambahan pula semasa belanjawan negara dibentangkan kerajaan telah menarik semula subsidi gula.. Tapi saya rasa kempen kesedaran penyakit kencing manis adalah sempena ‘World Diabetes Day’ yang disambut setiap tahun pada 14 November.. Kempen sebegini sepatutnya¬† diingatkan selalu supaya kita sentiasa beringat dan berjaga..

Susu Ibu vs Susu Formula

Baru-baru ni saya ada terbaca kenyataan Dr. Zubaidi Ahmad mengenai mengapa orang dewasa mudah mendapat kencing manis di usia muda di dalam FB fanpage beliau.. Agak menarik kenyataan yang beliau tuliskan dan saya rasa elok dikongsikan bersama dengan rakan blogger yang lain terutama golongan ibu muda.. Jom kita baca..

Agaknya mengapa ramai orang dewasa mudah mendapat penyakit kencing manis (diabetesmellitus) di usia muda?Dalam satu kajian yang ...
Jom Baca Lebih Lanjut.......

Khasiat Susu Ibu Menjadikan Anak Lebih Pintar

Salam pembaca,

Salah satu khasiat susu ibu ialah membantu perkembangan otak anak-anak menjadikan mereka lebih cerdik dan pintar. Patutlah ramai ibu-ibu di luar sana berusaha untuk menyusukan anak mereka sehingga umur 2 tahun. Tapi bagaimana khasiat susu ibu menjadikan anak lebih pintar? Saya kongsikan dengan anda di sini penerangan daripada Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu

Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.

Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.

Brain
Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.

Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan ...

Jom Baca Lebih Lanjut.......