kisah sahur bulan ramadhan tagged posts

Kejadian Sahur Yang Mesti Berlaku Setiap Tahun

Salam pembaca,

Bercerita pasal sahur mesti ada antara kita yang pernah melalui terlepas untuk bangun sahur kan? Sekurang-kurangnya sepanjang bulan Ramadhan tu mesti ada sekali kejadian terlambat bangun. Tengok jam jer dah azan subuh. Aduhh… rasa nak salahkan jam loceng pun tak boleh juga. Jam dah kunci macam biasa. Bunyi kuat pulak tuu.. Tetap tak jaga juga bila berbunyi. Ekekeke.. Kalau dah ditadirkan tak sahur, memang tak sahur juga lah..

Setakat ni kejadian tak bangun sahur baru sekali terjadi. Tiba-tiba bangun tidur tengok jam dah pukul 6 pagi. Tak boleh nak buat apa dah. Nasib baiklah masa hari tak bangun sahur tu hari cuti. Kalau hari bekerja mesti lemau jer nak buat kerja di pejabat. Hehehe..

Kebiasaanya saya dan suami  bersahur dalam pukul 5 pagi. Selalunya saya akan bangun dulu untuk panaskan lauk dan nasi. Kami jamah makanan yang simple jer. Mujur lah dapat suami yang tak cerewet sangat. Kadang-kadang tu lauk telur goreng dengan kicap pun boleh...

Jom Baca Lebih Lanjut.......