majlis blogger malaysia tagged posts

Meriahnya Sepetang Bersama Blogger 2014

Salam pembaca,

Maaf agak terlewat untuk update entri pasal event Sepetang Bersama Blogger pada Sabtu lepas. Agak sibuk dengan urusan peribadi, kemudian dengan isu MH370 pula menyebabkan mood untuk menulis pun tiada. Semoga kita doakan pesawat MH370 dijumpai secepat mungkin dan mendoakan segala urusan mencari dan menyelamatkan dipermudahkan.

Ok, berbalik pula kisah SBB2014 anjuran Denai Hati Network. Saya sangat teruja apabila dapat berkumpul dengan rakan-rakan blogger yang selama ni hanya jumpa di alam maya. Walaupun tidak dapat berkenalan dengan semua tapi masih sempat jumpa dan tegur rakan-rakan yang selalu saya terjah masa blogwalking. Tak kisah lah mereka kenal ke atau tak kenal, tapi buat-buat kenal jer. Hahaha.. Memang itu pun tujuan nya datang majlis macam nie. Hehe..

Tahniah kepada pihak penganjur yang telah berusaha keras memastikan majlis ini berlangsung dengah penuh gah dan meriah...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Senarai Kedudukan Peserta SBB2014 Dah Keluar

Salam pembaca,

Teka teki dekat mana saya duduk untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 sudah pun terjawab. Tengah hari tadi dah diumumkan senarai kedudukan meja untuk para peserta. Kalau ikutkan saya datang bersama suami, so ingat kan dapat lah duduk satu meja. Tapi hakikatnya bila tengok kedudukan meja kita orang….. Argghh tidak…… Jauhnya kita orang telah dipisahkan. Saya duduk di meja no 19, suami pula duduk di meja 8. Kalau meja sebelah ke, meja depan ke ok lah jugak. Tapi nun sorang di timur, sorang di barat.

Ok, bertenang.. Jangan ‘kancheong’ sangat. Tujuan nak pergi majlis ni nak beramah mesra, nak kenal blogger yang ada di Malaysia, nak expand networking dan sebagainya. Kalau berkepit nanti tak berkenalan pula dengan orang sebelah kan. Elok juga mereka pisahkan kita orang. Pandai-pandai lah bawa diri esok. Betul tak? 😀

Bila lihat senarai peserta yang satu meja dengan saya kenal 2 orang blogger je iaitu Farah Waheda dan Ayue Rejaluddin...

Jom Baca Lebih Lanjut.......