PADI Open Water Diver Course tagged posts

Diving Log: Pengalaman Mengambil PADI Open Water Diver Course

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Dah berjaya mendapatkan lesen menyelam dengan PADI di Pulau Tioman akhir bulan lepas. Seramai 12 orang yang menyertai trip ke sana, 8 orang perempuan dan 4 orang lelaki termasuk 2 orang instructor. Sesi kali ni GIRL POWER sebab ramai perempuan. Hehe.. Cuma 6 orang sahaja termasuk kami berdua yang baru nak ambil lesen Open Water Diver Course, 1 orang ambil Advanced Open Water Diver Course, 3 orang buat Fun Dive dan lagi 2 orang ialah instructor.

Kami sampai jam 4.30 pagi di stesen bas Mersing, Johor. Dari stesen bas ke jeti feri, kami jalan kaki sahaja. Feri bertolak jam 6.30 pagi dan sampai di jeti Kg. Salang, Pulau Tioman jam 8.30 pagi. Sampai sahaja di sana, terus check-in bilik dan sarapan pagi. Kemudian instructor bagi sedikit penerangan apa aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut. Jadi pukul 10.00 pagi dah kena bersedia untuk buat sesi menyelam yang pertama. Tak sempat rehat ok. Penat sebab tak cukup tidur tak hilang lagi...

Jom Baca Lebih Lanjut.......