pengedar shaklee malaysia tagged posts

Kejadian Sahur Yang Mesti Berlaku Setiap Tahun

Salam pembaca,

Bercerita pasal sahur mesti ada antara kita yang pernah melalui terlepas untuk bangun sahur kan? Sekurang-kurangnya sepanjang bulan Ramadhan tu mesti ada sekali kejadian terlambat bangun. Tengok jam jer dah azan subuh. Aduhh… rasa nak salahkan jam loceng pun tak boleh juga. Jam dah kunci macam biasa. Bunyi kuat pulak tuu.. Tetap tak jaga juga bila berbunyi. Ekekeke.. Kalau dah ditadirkan tak sahur, memang tak sahur juga lah..

Setakat ni kejadian tak bangun sahur baru sekali terjadi. Tiba-tiba bangun tidur tengok jam dah pukul 6 pagi. Tak boleh nak buat apa dah. Nasib baiklah masa hari tak bangun sahur tu hari cuti. Kalau hari bekerja mesti lemau jer nak buat kerja di pejabat. Hehehe..

Kebiasaanya saya dan suami  bersahur dalam pukul 5 pagi. Selalunya saya akan bangun dulu untuk panaskan lauk dan nasi. Kami jamah makanan yang simple jer. Mujur lah dapat suami yang tak cerewet sangat. Kadang-kadang tu lauk telur goreng dengan kicap pun boleh...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Senarai Wakil Pengedar Sah Shaklee

Salam pembaca,

Ada setengah pengguna atau pembeli lebih suka dapatkan barang secara C.O.D iaitu cash on delivery. Mungkin mereka yang berminat untuk COD mempunyai pengalaman menjadi mangsa penipuan online. Duit dah transfer ke dalam akaun penjual, tapi barang lambat dapat atau tak dapat langsung. Tapi sebagai penjual pernah juga jadi mangsa. Pembeli dah janji nak beli barang, bila kita dah beli dan hubungi untuk penghantaran tiba-tiba tak jadi. Macam mana tu? Sendiri mau ingatlah kan.. Biasalah.. Itulah adat dalam urusan perniagaan. 🙂

Ada juga beberapa pembeli yang berurusan dengan saya lebih gemar dapatkan barang secara cod. Saya takda masalah untuk hantar barang tersebut. Asalkan kawasan penghantaran adalah sekitar kawasan saya. Antara lokasi yang saya cover untuk cod ialah Batu 3 Shah Alam, Seksyen 15  Subang JayaGiant Seksyen 13 Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam, Universiti Malaya dan Pantai Dalam. Pernah sekali saya terpaksa cod ke Bukit Jalil. Tapi itu pun salah saya...

Jom Baca Lebih Lanjut.......