peribadi tagged posts

Selamat Datang Bulan Jun, Selamat Menjaga Kesihatan

Salam pembaca,

Dalam tak sedar kita dah pun melangkah masuk bulan Jun, pertengahan bagi tahun 2014. Rasa macam sekejap jer kan. Bila check kalendar (belek cuti sebenarnya.. hehehe) eh, dah bulan 6 lah. Lagi sebulan dah nak berpuasa, lepas tu raya, ujian peperiksaan sekolah, cuti sekolah, bonus akhir tahun dan macam-macam lagi. Jika diizinkan oleh-Nya dan panjang umur melangkah kita masuk ke tahun 2015. Fuhh, memang pantas betul masa berlalu.

Cuba kita imbas kembali apa yang telah berlaku 6 bulan lepas. Apa agaknya yang kita dah lalui. Adakah kenangan manis lebih banyak daripada kenangan pahit? Banyak tak perkara baru yang kita dah belajar? Bagaimana pula dengan keadaan tahap kesihatan? Kalau yang pernah berazam masa awal tahun baru hari tu cuba kita periksa semula. Dah berjaya capai ke belum? Kalau ada yang dah berjaya alhamdulillah. Mission accomplished! Tapi kalau masih belum capai lagi,apa kata kita ambil masa baki 6 bulan terakhir ni untuk kejar semula cita-cita kita.

promosi bulan jun

Untuk saya d...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Misi Bulan April Bersambung Bulan May

Salam pembaca,

Sedkit kecewa bila tak berjaya menyahut cabaran yang diberikan oleh leader bulan lepas. Cabaran simple jer pun. Buat 20 entri dalam masa sebulan. Itu pun tak lepas. Kalau ikutkan blog niche kesihatan ni banyak cetusan idea yang boleh kita tulis dan kongsikan. Tapi roh penulisan tu susah betul nak meresap di jari-jari manisku ini. Ekekeke.. Sudahnya, semua entri duduk dalam draft. Bila nak sambung takda idea pula dah. Aduhh.. Nak kena lebih komited dan rajin lagi dalam bab-bab blogging.

Tapi itu tak bermakana saya tak boleh buat cabaran tersebut. Saya mesti BOLEH. Kalau December 2013 saya berjaya post sebanyak 23 entri dalam masa sebulan, tak mustahil saya boleh buat lagi. Malah lebih banyak entri yang mampu saya tulis dan kongsikan dengan semua orang.

Untuk membuktikan saya boleh, cabaran bulan lepas saya bawa ke bulan ni. Walaupun tiada hadiah yang menanti tak kisah lah.. Bagi saya mencabar diri sendiri adalah cabaran paling besar...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Diving Log: Pengalaman Mengambil PADI Open Water Diver Course

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Dah berjaya mendapatkan lesen menyelam dengan PADI di Pulau Tioman akhir bulan lepas. Seramai 12 orang yang menyertai trip ke sana, 8 orang perempuan dan 4 orang lelaki termasuk 2 orang instructor. Sesi kali ni GIRL POWER sebab ramai perempuan. Hehe.. Cuma 6 orang sahaja termasuk kami berdua yang baru nak ambil lesen Open Water Diver Course, 1 orang ambil Advanced Open Water Diver Course, 3 orang buat Fun Dive dan lagi 2 orang ialah instructor.

Kami sampai jam 4.30 pagi di stesen bas Mersing, Johor. Dari stesen bas ke jeti feri, kami jalan kaki sahaja. Feri bertolak jam 6.30 pagi dan sampai di jeti Kg. Salang, Pulau Tioman jam 8.30 pagi. Sampai sahaja di sana, terus check-in bilik dan sarapan pagi. Kemudian instructor bagi sedikit penerangan apa aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut. Jadi pukul 10.00 pagi dah kena bersedia untuk buat sesi menyelam yang pertama. Tak sempat rehat ok. Penat sebab tak cukup tidur tak hilang lagi...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Canopy Walk di FRIM Kepong

Salam pembaca,

Minggu lepas aktiviti di hujung minggu saya dan suami pergi ke FRIM, Kepong.. Dah lama tak buat aktiviti outdoor macam nie.. Oleh kerana ramai geng-geng dah terjebak dalam dunia outdoor, maka kami pun terikut sama gak.. Tengok member asik update dalam facebook keluar hutan masuk hutan, panjat gunung sana sini.. Rasa terbakar juga nak join sekali.. Jadi sebagai permulaan kita orang start dengan FRIM dulu..

Dalam FRIM macam-macam aktiviti yang boleh kita buat.. Antaranya canopy walk, berbasikal, berpiknik, camping, trekking dan sebagainya.. Sesi outdoor photoshoot pun sesuai sangat.. Bayaran masuk pula cuma RM 1 untuk setiap seorang, dan jika bawa masuk kenderaan akan dikenakan bayaran RM 4.. Jika tak nak penat, sila lah bawa masuk kereta ya.. Agak jauh juga kalau nak jalan kaki untuk sampai ke tempat yang menarik seperti canopy walk dan air terjun tu.. Dan dinasihatkan sila datang pagi-pagi.. Baru lah boleh buat macam-macam aktiviti dalam tue..

Pada hari tu kita orang per...

Jom Baca Lebih Lanjut.......