scuba diving tagged posts

6 Sebab Kenapa Menyelam Sangat Best

Salam pembaca,

Kalau ada yang bagi tahu menyelam itu tak best dan bahaya ianya adalah satu tanggapan yang patut di buang jauh-jauh. Boleh jadi orang tu ada pengalaman yang tak menyeronokan, atau pun  menyelam kerana terpaksa. Padahal menyelam ni adalah satu aktiviti sukan yang sangat best. Bukan semua orang berpeluang untuk menerokai kehidupan dasar laut. Tapi kalau peluang itu ada kenapa kita biarkan begitu saja. Dan kalau kita ada fobia dengan air, kenapa tak cuba cabar diri sendiri untuk lawan rasa takut tu.

Pokok pangkalnya kalau betul-betul minat untuk menyelam, jangan biarkan cita-cita dan impian terkubur begitu sahaja. Cepat-cepat daftarkan diri dengan mana-mana pusat kendalian PADI. Serious, memang best gila kalau duduk bawah laut. Saya bagi 6 sebab kenapa menyelam ke dasar laut sangat best.

cartoon-scuba-diver-hi

1. Berenang bersama hidupan laut

Inilah tujuan utama ambil lesen menyelam. Nak melihat sendiri hidupan di dasar laut depan mata. Kalau nak tengok pergi pusat aquaria pun boleh...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Diving Log: Teori kelas, Exam dan Confined Water

Salam pembaca,

Ingat tak dulu saya pernah tulis satu entri tentang Discover Scuba Diving? Kalau yang belum baca lagi boleh dekat sini. So kali ni nak kongsi kisah dan perjalanan untuk mengambil lesen menyelam. Walaupun ada setengah orang cakap “tak susah pun nak ambil lesen”. Lepas tu “kalau ambil exam mesti lepas”.  Dan “kalau tak pandai berenang pun takda hal punyalah”. Tapi di sudut hati nie (cewah.. ) mesti akan ada perasaan “Betul ke kata-kata member nie?  Tak kan lah senang macam tu je kot nak ambil lesen menyelam..” Haa… daripada dengar cakap orang lebih baik cuba sendiri. Baru kita tahu senang atau pun susah.

Husband pun macam biasa memulakan kerja-kerja KGB dan siasat apa yang perlu kita tahu untuk mengambil lesen. Dia banyak lah baca artikel dekat internet sebagai langkah persediaan. Saya masa tu tengah banyak kerja memang tak sempat lah nak baca sangat semua link yang dia bagi. Kalau baca pun gitu-gitu jer. Ekekeke..

open-water-certification-card

So lepas buat keputusan nak ambil juga lesen menyel...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Discover Scuba Diving Dulu Sebelum Ambil Lesen

Salam pembaca,

Salah satu wishlist untuk tahun 2014 ialah pergi ambil lesen menyelam. Dari dulu lagi memang dah tertanam cita-cita dan kesungguhan untuk dapatkan lesen menyelam. Chewah.. Tapi asyik tak ada geng yang nak pergi ambil lesen sama-sama. Kalau ada pula susah nak adjust schedule. Masing-masing kononnya busy. Busy lah sangat kan.. Hahaha.. Lepas tu bila tengok member post gambar dalam FB panas jer rasanya.

Tapi nasib baik ada suami yang sudi berkongsi minat isteri nya yang suka buat aktiviti lasak. Ajak masuk hutan panjat bukit dia ikut, ajak buat extreme challenge dekat Bukit Cherakah bulan lepas pun ok jer. Nah sekarang ajak dia pergi ambil lesen menyelam pula. Mula-mula dia macam takut juga. Ye lah, kalau atas darat kalau jadi apa-apa hal kita masih boleh selamatkan diri lagi. Tapi kalau dalam air macam mana pula kan.

Kebetulan Groupon Malaysia ada offer voucher untuk Introductory Scuba Diving Lesson untuk 2 orang cuma RM 128 untuk 2 jam...

Jom Baca Lebih Lanjut.......