setahun blogging tagged posts

Selepas Setahun Cari Duit Dengan Blogging

Salam pembaca,

Macam tak percaya jer dah terlibat dalam dunia blogging selama setahun.. Rasa macam baru jer buat blog ni.. Sepanjang setahun nie macam-macam benda baru yang dapat dipelajari terutama ilmu blogging.. Sifu blogging saya dah semestinya en.suami iaitu Eshamz Halim yang  tolong setup kan blog hosting, tentukan blog template, reka blog header, cari blog theme color yang sesuai, install widget dan plugin.. Tak lupa juga teknik SEO, yang ini penting untuk mengejar google page rank.. Dan macam-macam lagi lah sebenarnya termasuk pembayaran menggunakan Paypall dan M2uPay.. Apa-apa jer yang berkaitan dengan teknikal blog, dia lah yang uruskan.. Pendek kata dia lah blog master ataupun Tuan Admin..  Saya cuma tulis entri dan publish… Hehe..

Sekarang ni daripada tak reti menulis entri dengan cara sendiri, dan pandai cari rentak dalam penulisan.. Bila baca balik entri yang lama rasa ‘eh, kelakar nya ayat yang aku guna’.. Hahaha… Macam takda jiwa jer entri awal-awal....

Jom Baca Lebih Lanjut.......