step test tagged posts

Step Test: Uji Tahap Kecergasan

Salam pembaca,

how-to-do-step-excercise

Pernah dengar pasal ‘Step Test‘ tak? Saya memang tak tahu langsung pasal ‘Step Test’. Semasa pergi ke Pameran Kesihatan Jantung pada bulan lepas baru saya tahu tentang ‘Step Test’. Rupa-rupanya ‘Step Test’ ialah satu cara untuk kita uji tahap kecergasan kardiovaskular.

Apa yang perlu saya lakukan ialah cuma pijak atas platform yang disediakan dan turun daripada kotak tersebut. Cuba lakukan berulang kali secara konsisten dalam kiraan 4 (UP UP DOWN DOWN) selama 3 minit. Macam susah nak paham apa yang saya tuliskan? Hehehe.. Sebenarnya lebih kurang macam gambar di bawah ni. Setiap kali petugas tu cakap UP UP, posisi saya adalah di atas platform, bila dia cakap DOWN DOWN saya kena turun ke bawah.

contoh ujian step test

Selepas tamat 3 minit saya teruskan berdiri. Petugas tak bagi saya duduk. Tapi memang saya tak kan duduk pun. Hehehe.. Kemudian dia periksa denyutan nadi dalam masa satu minit. Dan keputusannya ialah…… Denyutan nadi saya lebih kurang 144/minit...

Jom Baca Lebih Lanjut.......