teh hijau tagged posts

Kelebihan Minum Teh Hijau

Salam pembaca,

Siapa suka minum teh? Rasanya majoriti semua orang suka minum teh. Tak kiralah apa jenis teh sekali pun. Dan teh ni pula ada macam-macam jenis. Antara jenis teh yang saya tau ialah teh merah, teh bunga seperti jasmine ,chrysanthemum, teh cina, teh inggeris dan teh hijau. Semua teh ada khasiat dan kebaikannya untuk kesihatan. Jadi terpulang pada selera masing-masing.

Bagi mereka yang sedang berdiet, minum lah teh hijau selepas makan. Kenapa? Ini kerana salah satu kelebihan minum teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Jadi makanan yang dimakan dapat diproses dan dibakar dengan lebih cepat. Katakanlah tetiba ter’eksiden’ makan makanan yang tinggi kalori pada waktu malam nak cover rasa bersalah sila minum teh hijau panas. Hehe..

Dalam seminggu saya akan minum 3 atau 4 kali teh hijau.. Sama ada lepas makan tengah hari atau lepas makan malam.. Kalau minum siang, tak rasa mengantuk sangat di ofis...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Minum Teh Hijau Untuk Kurus dan Cantik

Salam pembaca,

Suka minum teh hijau? Atau pun memang penggemar tegar teh hijau? Macam saya memang suka minum teh hijau. Setiap kali pergi Sushi King atau Teppanyaki minuman yang saya pesan mesti teh hijau panas (kurang suka minum ais).  Sebabnya air boleh refill.. haha…. Eh tak lah.. Saya suka kan teh hijau nie sebab boleh hilangkan rasa seasoning dalam makanan dan yang penting saya tau minuman teh hijau ni memang baik untuk kesihatan. Jom kita tengok apa kebaikan minuman teh hijau ni.

teh hijau

11 Kebaikan Minuman Teh Hijau @ Green Tea

1. Berat Badan.

Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.

Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin...

Jom Baca Lebih Lanjut.......