testimonial ostematrix tagged posts

Shaklee Effect Part 2: Wajib Ambil Kalau Buat Aktiviti Luar

Salam pembaca,

Kalau orang tanya produk Shaklee mana yang paling saya suka memang susah nak buat pilihan. Boleh dikatakan semua produk shaklee saya suka. Malah setiap satunya ada kelebihan tersendiri. Sebagai contoh kalau sarapan pagi, saya suka ambil ESP yang dibancuh dengan susu segar. Saya akan rasa kenyang sepanjang pagi dan lebih fokus untuk bekerja. Kalau untuk mencantikkan kulit saya suka Vitamin C dan Vitamin E. Bila ada kesan jerawat yang timbul sekali sekala buat masker vitamin C dan vitamin E cepat betul kesan parut tu pudar. Isshhh… memang semua produk Shaklee ohsemm!

new zealandPasang angan-angan nak hiking dekat New Zealand. 🙂

Kalau untuk aktiviti luar apa pula produk Shaklee yang saya suka?

Kalau rakan FB dan rakan blogger mesti tahu aktiviti masa lapang saya dan suami ialah melakukan aktiviti luar. Antaranya memanjat, larian amal, aktiviti lasak seperti water rafting, ATV dan macam-macam lagi. Pantang ada aktiviti yang menarik member bagi tau mesti nak join...

Jom Baca Lebih Lanjut.......