tutorial tagged posts

Entri Tutorial Untuk Dikongsi Bersama (Bagaimana untuk set-up Blog anda)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada para pembaca blog ini.

Entri kali ini, bukan nak bercerita mengenai vitamin tetapi saya  ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara atau panduan untuk membangunkan blog anda sama ada untuk kegunaan blog peribadi ataupun perniagaan online. Apa gunanya ilmu itu jika tidak dikongsikan bersama, betul tak?. Entri ini juga khas untuk rakan-rakan Shaklee isteri saya yang ingin membangunkan blog Distributor Shaklee mereka sendiri.

blogs

Ada pelbagai blog engine seperti WordPress, Movable Type, ExpressionEngine, Drupal, Textpattern, Joomla, b2evolution, blogspot dan bermacam-macam lagi. Memang banyak blog engine ni, saya pun tak sempat nak cuba semuanya tapi entri ini saya fokus untuk menggunakan blog engine WordPress.

Apakah Blog Engine?
Blog Engine ini sebenarnya adalah Perisian Blog yang direka khas untuk memudahkan penyelenggaraan weblog kita...

Jom Baca Lebih Lanjut.......