zombie run malaysia tagged posts

Zombie Run 2014 Mengganas di Putrajaya

Salam pembaca,

Walaupun dah seminggu berlalu, tapi penangan zombie run masih lagi terasa. Luka dekat lutut baru jer nak kering, bengkak dah surut sedikit dan lebam masih belum hilang. Kenangan kena kejar dengan macam-macam jenis zombie memang tak kan dilupakan. Ada zombie kampung pisang, ada zombie sasa, ada zombie pirate, ada zombie askar. Macam-macam lah.. Lepas tu semua zombie agresif gila dok kejar manusia. Macam dah lama tak dapat otak manusia. Ntah apa yang sedap otak manusia pun tak tahulah. Rasanya otak burung unta lagi sedap kan. Hahaha..

Itu lah kenangan kali pertama join Zombie Run Malaysia. Bila member tag dalam FB ajak join, terus usulkan pada husband. Menarik ni kalau join. Malam tu juga google dan cari info pasal zombie run. Rupanya dah pernah ada tahun lepas. Ingatkan baru nak buat tahun ni. Ekekeke.. Lepas dah buat kerja-kerja KGB kita orang pun tak fikir panjang dah. Terus setuju jer. Untuk join zombie run cuma bayar RM112 untuk satu team...

Jom Baca Lebih Lanjut.......