Tambah Berat Badan Cepat Dan Selamat Dengan Shaklee

Salam pembaca,

Nak tambah berat badan dengan produk Shaklee tak? Ya, Shaklee pun ada produk yang sesuai untuk tambahkan berat badan. Jangan terkejut pulak tau. Hehe.. Walaupun Set Diet Shaklee sangat popular, tapi Set Weight Gain juga mendapat sambutan yang hangat dari pengguna luar sana. Kalau rasa-rasa terlalu kurus sampai orang tegur macam orang sakit, ini lah masanya untuk cuba. Hehe..

cara-tambah-berat-badan-dengan-shaklee

Konsep untuk menaikkan berat badan adalah sama seperti menurunkan berat badan. Kalau nak turunkan berat badan, kita perlu kurangkan pengambilan kalori dalam diet harian. Untuk tambah berat badan pula pengambilan kalori perlu lah lebih daripada biasa. Jadi senang cerita makan lebih berat naik, makan kurang berat pun turun lah. Tapi kalau dah makan banyak berat badan tak naik-naik juga something wrong somewhere tuu.. Bela jin kot? Hahaha… Gurau-gurau jer.. Mungkin kita boleh periksa semula kuantiti dan kualiti makanan yang kita makan. Kalau banyak makan junk food memang lah tak naik berat badan tuu.. 🙂

Set Weight Gain Shaklee

3 produk Shaklee yang boleh membantu individu yang ingin menambah berat badan ialah MealShakes, B-Complex dan Vita-Lea. Setiap produk ini mempunyai fungsinya tersendiri. Jom kita lihat apa kelebihan dan kebaikan bagi setiap produk tersebut.

set-weight-gain-shaklee-vitamin4kesihatan

MealShakes

Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Mealshakes juga adalah minuman yang berasaskan protein dimana protein diperlukan untuk pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, menguatkan sistem imun dan lain-lain.

B-Complex

Setiap hidangan 1 biji B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12 dan Biotin. Antara kebaikan pengambilan B-Complex ialah ianya dapt mengawal kadar metabolisma badan, mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, mengawal tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vita-Lea

Multivitamin & multimineral yang diformulasikan khusus dengan 23 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Kelebihan Vita-Lea ialah menyediakan asas-asas nutrisi penting yang membantu sel hidup, pertumbuhan sel baru yang baik, membantu proses pembesaran, menstabilkan hormon serta menjaga kesihatan tirod

Salah satu punca badan terlalu kurus ialah kekurangan nutrisi di dalam badan. Sedangkan setiap hari tubuh badan kita memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan. Selalunya bila dah sibuk dengan urusan harian sama ada di pejabat atau pun dirumah, kita mengabaikan kesihatan terutama pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Sudahnya kita jadi stress, cepat penat, hilang selera makan dan seterusnya muka pun nampak pucat dan lesu.

Sebagai cadangan boleh lah mencuba Set Weight Gain Shaklee. Ada customer saya lepas mencuba sebulan selera makan bertambah, mood lebih stabil, lebih ceria dan bertenaga. Suka sangat dapat respon macam ni dari mereka..

testimonial-meal-shakes-weight-gain-shaklee-vitamin4kesihatanMeal Shakes minuman untuk satu family.. Kalau kanak-kanak minum selera makan pun bertambah juga..

testimonial-meal-shakes-weight-gain-shaklee-2-vitamin4kesihatanYang penting selera makan bertambah.. Ekekekek…

 

Kalau nak tambah berat badan dengan cepat, sila lah cuba tips pengambilan makanan seperti di bawah ni.

Sarapan Pagi (8.00 pagi) : Nasi goreng, bihun goreng, pasta atau apa sahaja yang korang suka makan waktu pagi. Pastikan ada lauk seperti ayam, daging dan telur

Lepas makan, ambil segelas Meal Shakes dan 1 biji B-Complex

Brunch (11.00 pagi ) : Makan sekeping roti, biskut, buah

Lepas makan, ambil 1 biji Vitalea

Tengah hari (1.00 ptg) : Ambil nasi + sayur + ayam/daging/ikan. Pastikan lauk yang anda ambil seimbang dan berkhasiat juga.

Petang (5.00 ptg) : Makan kekacang seperti badam, gajus, kacang tanah, flaxseed sebagai snack yang sihat. Dalam 2-3 genggam pun dah cukup

Malam (8.00 mlm) : Makan nasi + sup sayur + ayam/ikan/daging, bihun sup, sandwich

Sebelum tidur : Minum segelas Meal Shakes

Jangan lupa lakukan senaman dan minum air sekurang-kurangnya 2L sehari. Cuba konsisten makan 5 kali sehari berdasarkan cadangan yang saya kongsikan seperti diatas. Nak buat jadual sendiri pun boleh. Tapi jadual yang saya bagi ni adalah contoh cara pengambilan makan yang dikongsikan oleh mereka yang berjaya menaikan berat badan.

Jangan segan-segan nak hubungi saya walaupun sekadar bertanya jer. Lagi banyak orang bertanya lagi banyak ilmu saya sebarkan. Dan lagi teruja saya nak tambah ilmu pasal vitamin. Hehe.. Mana tau lepas bertanya dan dapat penjelasan dengan panjang lebar daripada saya terus berminat nak beli. Konsultasi saya kan GRED A++. 🙂

Disclaimer:
* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

21 comments to Tambah Berat Badan Cepat Dan Selamat Dengan Shaklee

  • Raudzah  says:

    Yang ni sure tak relevant dengan i..he..he

    • Cheq Eem  says:

      hahaha…. sama lah kita… tak relevant sungguh…. kita nak maintain jer kalau boleh…. hehehe….

  • Ismail N  says:

    Budak kecik boleh ker? 5 tahun…

    • Cheq Eem  says:

      kalau untuk budak kecik sesuai ambil mealshakes sahaja.. lebih2 lagi kalau budak yang memilh untuk makan.. boleh tingkatkan selera makan dan kuatkan sistem imun badan…. 🙂

      • Ismail N  says:

        Memang memilih. Dia suka yang rasa soya atau coklat. Plus kena yang lembut2 sbb giginya kureng buat masa ni 😀

        • Cheq Eem  says:

          bila gigi kureng itu yang memilih kot nak makan.. ekekeke… mealshakes nie soya protein berperisa vanila.. dan boleh mix juga dengan minuman lain.. 🙂

  • Strider  says:

    kepada perempuan2 yang kurus kering macam skeleton tu dah boleh2 beli product nie..saya tak nampak mana cantiknya badan kurus2 kering macam rangka ayam nie..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      kepada gadis2 diluar sana abam strider dah buat kenyataan yang dia nak carik calon bukan yg kurus macam rangka ayam… meh beli produk ni dari saya cepat… ekekekeke…….

  • Khir Khalid  says:

    Ada juga merancang nk tambah berat bdn ni, tp takut pulak nnti jadi terlebih berat pulak.. jadi boyot, hilang pulak hensem huhu.. Thanks sharing Cheq Eem.. menarik juga tu.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      khir, tambah lah 2-3kg berat.. dapatkan BMI yg ideal.. nnt bila dah berjaya maintain jerr.. jgn risau kalau boyot, wife tetap sayang hingga hujung nyawa… ekekeke…. 😀

  • sobri  says:

    memng kawan saya memng gila2 nak tambah berat badan..itulah stiap org ada problem sendiri..nak berat ..nak kurus..nasib baiklah bayak pilihan produk.. tq sharing sis

    • Cheq Eem  says:

      itu lah kan.. yg kurus nak gemuk, yg gemuk nak kurus… yang penting berat badan kita dalam range BMI… nak pilih produk pun kena pastikan selamat dan ada kelulusan KKM.. 🙂

  • hafizmd  says:

    nampak gayanya…saya tak perlukan yg ni..nnti terlebih berat pula..hehe

    • Cheq Eem  says:

      kalau berat dah ideal tak perlu makan lebih2… tapi kalau nak ambil produk yg dicadangkan boleh lagi.. sebagai pelengkap kesihatan harian… hehe…

  • syaifuddin alias  says:

    haaa shaklee ni apa ? hahhaa

    • Cheq Eem  says:

      shaklee ni sejenis spesis yang semulajadi… haha…

  • megat  says:

    How to buy?

  • wawa  says:

    Kalau saya amik vitamin b complex sahaja untuk tambah berat badan jadi tak?

  • yanERNA  says:

    Sya kurus sbab menyusukan anak, mkan bnyak mcm mna pon x pndai naik berat bdan. Hurmmm.. berapa harga?

  • zyana  says:

    Kalau amek meals shake sje utk tmbh berat bdn mnjdi x?

  • aleeya  says:

    Nak kongsi pngalaman..bmi sya dri dulu underweight..mcm2 produk dh cuba..tp meal shake ne je berkesan..3bulan amalkan dh naik 5kg..dh capai bmi yg ideal..

Isikan Komen Anda Disini