Slide # 1
 

Tips 5M Badan Cepat Sihat Dan Cergas Selepas Bersalin

Salam pembaca,

set bersalin terbaik

Seronok saya baca pengalaman ibu-ibu yang berpantang dengan produk Shaklee. Ada yang saya baca dalam FB group ahli Shaklee, ada yang saya baca dari FB group pelanggan Shaklee dan ada juga yang saya baca dari blog semasa blogwalking. Boleh dikatakan hampir semua ibu-ibu ni bagi tahu Set Berpantang Shaklee memang terbaik, sangat jimat dan tahan lama. Saya pula nak kongsi pengalaman masih belum ada lagi. Hehehe..

Masa dalam pantang apa yang ibu-ibu ni risaukan ialah badan lemah, tidur tak cukup, luka bersalin lambat sembuh, susu badan sikit dan macam-macam lagi. Jadi tak hairan lah bila bab nak memilih set bersalin yang sesuai berbulan-bulan buat survey. Baca blog lah, tanya kawan-kawan atau pun adik-beradik. Lepas tu buat perbandingan yang mana satu lagi bagus. Lebih-lebih lagi yang nak lahirkan anak sulung. Betul tak? Hahaha.. Biasalah tu.. Perkara normal orang perempuan korek info sana sini. Yang lelaki kena korek tabung untuk tolong bayarkan. Hehe..

Tips 5M Badan Cepat Sihat Lepas Bersalin

Untuk kembalikan kecergasan badan selepas bersalin ibu mestilah mengambil makanan yang berkhasiat, nutrisi yang mencukupi dan minum air kosong yang secukupnya. Jangan pandang remeh tentang pengambilan makanan dan pantang larang orang tua semasa berpantang.  Saya kongsikan di sini tips 5M untuk kembalikan badan lebih cepat sihat selepas bersalin iaitu Makan, Minum, Menjaga, Memakai dan Memilih

1. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat

Banyakkan pengambilan protein segar seperti ikan, ayam, susu atau pun telur. Jangan lupa makan sayur yang tinggi dengan fiber dan mineral. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk seperti kangkung, terung dan cili. Cara masak pula seeloknya rebus atau pun panggang dan kurangkan penggunaan minyak dan bersambal.

2. Minum air putih secukupnya

Jangan takut untuk minum air putih semasa berpantang. Walaupun orang tua selalu berpesan nanti rahim akan kembang adalah tidak benar. Sebenarnya bila kita minum air putih yang cukup rahim akan cepat kecut. Susu badan pun banyak, mengurangkan masalah sembelit dan mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian luka bersalin.

3. Menjaga pantang larang orang tua

Pantang larang orang tua masih ada yang relevan dan boleh kita amalkan pada hari ini. Antaranya amalan bertungku untuk melancarkan perjalanan darah. Begitu juga berurut untuk membetulkan semula urat-urat dalam badan. Pakai lah pakaian yang tebal, sentiasa memakai stokin untuk mengelakkan badan sejuk dan masuk angin.

4. Memakai Bengkung

Kalau nak bentuk badan kembali seperti asal pastikan memakai bentung sepanjang tempoh 44 hari berpantang. Kalau dulu memang susah nak pakai bengkung. Bila tengok kakak saya pakai berpusing-pusing badan. Hahaha.. Tapi sekarang dah ada bengkung moden. Lebih senang untuk dipakai dan selesa. Amalan memakai bengkung bukan sahaja bagus untuk menyokong pembentukan badan, boleh juga mengempiskan perut malah menjaga kedudukan rahim.

5. Memilih set produk yang sesuai semasa bersalin

Ada banyak set bersalin yang ditawarkan sekarang ni. Sama ada ingin memilih set berpantang cara tradisional (lebih kepada herba orang kampung) atau pun set bersalin cara moden (nutrisi). Semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing. Set bersalin sangat membantu dalam proses pemulihan tubuh badan secara dalaman dan luaran.

Set Berpantang Shaklee Pilihan Ramai

Sekarang ni makin ramai yang memilih untuk melalui proses berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Lebih-lebih lagi golongan ibu yang berpantang untuk anak yang ke dua. Mereka nak rasa dan buktikan sendiri betul ker testimonial pengguna yang mengatakan set berpantang shaklee ni bagus. Ada juga yang kali pertama bersalin terus nak cuba dengan produk Shaklee.  Termasuk lah juga Leuniey, isteri kepada pemain bola sepak terkenal Malaysia iaitu Khaiful Fahmi Che Mat a.k. Apek. 🙂

testimonial-set-berpantang-shaklee-artis-leuniey-vitamin4kesihatanMemang geram tengok baby Leuniey. Comel sangat-sangat.

testimonial-set-berpantang-shaklee-emyIni kawan saya. Teringin juga nak berpantang anak ke dua dengan produk Shaklee. Hasilnya tak sangka susu badan lebih meriah berbanding dengan anak sulung. Hehehe.. Syukur alhamdulillah..

testimonial-set-berpantang-shaklee-zam2-vitamin4kesihatan

Kisah kawan saya yang berpantang kali kedua dengan Shaklee. Katanya badan memang cergas! Tapi dek kerana lupa daratan tumpah darah. Haa.. Camne tu? Hehe.. Memang betul badan akan rasa lebih bertenaga, lebih cepat sihat dan kuat. Tapi jangan pula kita langgar pantang larang semasa berpantang. Tempoh berpantang 44 hari tetap kena ikut seperti biasa.

testimonial-set-berpantang-shaklee-norjieBanyak betul perbezaan berpantang dengan produk Shaklee ni kan. Hehehe..

Kalau teringin nak mencuba dan buktikan kehebatan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi saya. Segala pertanyaan, persoalaan atau pun keraguan insya-Allah saya akan cuba bantu sebaik mungkin.

Nak dapatkan info lengkap mengenai Set Berpantang Shaklee boleh klik di sini –> Soal Jawab Set Berpantang Shaklee

4 comments to Tips 5M Badan Cepat Sihat Dan Cergas Selepas Bersalin

  • raudzah  says:

    Salam Jumaat Cheq Eem…shaklee ni bagus untuk kesihatan kan…he..he..tajuk contest ni..nway set berpantang ni pun famouskan..

    • Cheq Eem  says:

      mmg shaklee bagus untuk kesihatan… good luck dengan contest…!

  • rahaton azirah  says:

    alhamdulillah, betul macam sis kongsikan disini. set berpantang shaklee memang sgt membantu ibu-ibu dalam pantang. sgt berbeza kalau nak compare ambil vitamin dengan jamu. ibu kuat, anak sihat 🙂

    • Cheq Eem  says:

      makin ramai sekarang kan yang berpantang dengan set shaklee.. katanya cara moden.. ekekeke… tapi sebenarnya takda lah moden.. cuma bila kita makan supplement badan lebih cepat sihat dan kuat.. 🙂

Isikan Komen Anda Disini