Tips Hadapi Masalah Period Pain Atau Senggugut Cara Semulajadi

Salam pembaca,

Sakit semasa datang period sememangnya menjadi masalah utama bagi wanita setiap bulan.. Ada sesetengah orang mengalami sakit di bahagian bawah perut dan pinggang sehingga tidak mampu untuk duduk lama atau pun berjalan.. Ada sesetengah orang pula sakit sehingga berguling-guling di atas katil.. Berguling-guling atas katil memang seronok jika sedang malas, tapi kalau tengah sakit memang sampai menangis dibuatnya.. Itu lah derita orang perempuan setiap bulan yang tidak akan dirasai oleh orang lelaki..

Saya pula memang ada masalah period pain kategori sederhana.. Maksudnya takda lah guling-guling sampai menangis dan terpaksa pergi ke klinik dan ambil suntikan penahan sakit.. Saya akan berasa sakit pinggang yang amat sangat dan rasa senak dibahagian bawah perut.. Tak boleh duduk lama-lama dan tak suka suasana yang sejuk.. Kalau first day period hari bekerja mesti pergi klinik dan ambil MC.. Hehehe… Ponstan yang doktor bagi pula memang tak makan lah.. Cuma duduk di rumah, berehat dan baring sepanjang hari..

Tips Hadapi Masalah Period Pain Cara Semulajadi

tips atasi masalah sakit senggugut 2

Ada beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa period cara semulajadi tanpa perlu mengambil ponstant atau pain killer.. Walaupun tak hilang sepenuhnya tapi dapat juga mengurangkan rasa sakit senggugut.. Antara tips yang boleh kita amalkan ialah:-

Elakkan minum air sejuk – Setiap kali minum air sejuk rasa sakit akan menjadi lebih serius

Melakukan tunku atau tuam di bahagian bawah perut – Rasa panas di bahagian bawah perut memberikan kelegaan dan melancarkan darah  untuk keluar

Mandi air panas – Bagus untuk melancarkan perjalanan darah seluruh badan dan merehatkan otot.. Semasa period otot dibahagian perut akan rasa keras dan tegang

Minum air kosong panas atau air teh – Minum air kosong juga bagus untuk memberikan kelegaan pada keseluruhan bdan.. Jika tak lalu minum air kosong panas, boleh minum air teh.. Seeoloknya air teh hijau kosong..

Mengambil makanan tinggi kalsium – Makanan yang tinggi dengan kalsium membantu melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan ketegangan pada otot

Berehat dan tidur – Tidur bukan saja dapat merehatkan badan malah dapat merehatkan fikiran daripada memikirkan rasa sakit..

 Ini adalah sebahagian tips yang saya pernah amalkan setiap kali datang period.. Apa yang saya perasan kalau tak jaga makan dua minggu sebelum period mesti hari pertama akan rasa sakit sangat.. Boleh lah guna alasan period pain kalau nak ambil MC.. Hehehe… Tapi jangan buat selalu ya. Teringat dulu saya pernah diberi amaran oleh staff senior tak boleh MC setiap bulan kalau sebab period pain..  Sabar je lah.. Dah sakit nak buat macam mana.. Huhu…

Vitamin Shaklee Untuk Period Pain

Sejak kenal vitamin Shaklee terus terang saya bagi tau period pain saya dah tak muncul.. Ingatkan untuk bulan yang pertama dan kedua jer, rupanya tiap-tiap bulan memang dah tak rasa sakit.. Setahun makan Shaklee, setahun juga lah saya bebas bergerak ke sana sini semasa period.. Sampai suami pun tegur dulu kalau first day period mesti sakit dan berehat sepanjang hari.. Tapi sekarang steady jer.. Kalau period masa hari bekerja dan kebetulan pergi outstation takda lah risau sangat.. 🙂

Sebab tu vitamin Ostematrix, B-Complex dan GLA Complex sentiasa ada di rumah.. B-Complex saya amalkan untuk rasa lebih bertenaga sepanjang hari, GLA Complex saya makan untuk menstabilkan hormon dan Ostematrix pula saya makan untuk keperluan kalsium harian..

gla complex shaklee untuk period pain 2

Sharing is caring .. 🙂

Disclaimer:
* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

8 comments to Tips Hadapi Masalah Period Pain Atau Senggugut Cara Semulajadi

  • Aku Penghibur  says:

    wahhh terima kasih berkongsi.. walaupun bagaimana lelaki kena amil tahu

    • Cheq Eem  says:

      sama2 acik… memang bagus sangat kalau lelaki ambil tahu… memahami sikit masalah orang perempuan.. hehe…

  • mizzaiza  says:

    aiza selalu amalkan minum air suam.. masa zaman remaja dulu belajar duduk di hostel pernah senggugut sampai terpaksa gunakan iron suam sebagai ganti tunku..

    • Cheq Eem  says:

      betul tu.. apa2 yang panas memang melegakanlah.. eh, samalah kita.. pernah juga guna iron letak kat bawah perut.. hahaha….. isi air botol dengan air suam pun pernah juga… 😀

  • raudzah  says:

    Alhamdulillah so far tak ada problem..salam rabu cheq eem!!!

    • Cheq Eem  says:

      bestnya takda rasa sakit.. dulu tiap2 bulan kita mesti sakit… hehe… salam rabu raudzah…!

  • yumida  says:

    yumida de ambik gla complex n alfalfa..nak bereksperiment dgn tubuh bdn sendiri..hihi
    yumida pun ada masalah senggut hope nanti ianya ok lepas mengamalkan supplement ni

    • Cheq Eem  says:

      elok tu yumida amalkan gla complex kalau ada masalah senggugut.. insya-allah ok lepas ambil shaklee… kalau tak cuba mana nak tau kan.. hehe… 🙂

Isikan Komen Anda Disini