Tips Makan Secara Sihat Jika Makan Di Luar

Salam,

Kebiasaanya mesti kita letih apabila pulang dari pejabat kan?..tidak kira samaada yang masih bujang ataupun sudah berumahtangga. Bagi yang bujang, makan di kedai sudah menjadi kebiasaan setiap hari dan  bagi kaum-kaum isteri yang berkerjaya ataupun yang berkerja  mesti perlu masak dan menyediakan makan malam untuk keluarga di rumah. Kadang-kadang, zaman sekarang ni tiada masa untuk masak di rumah disebabkan kekangan masa, keluar dari pejabat jer mesti mengadap jem ataupun terpaksa bekerja sehingga lewat malam dan akhirnya terpaksa beli makanan di luar sebelum pulang ke rumah.

Saya dan wife juga tidak  terkecuali daripada situasi begini, Alhamdulillah!!. wife saya a.k.a Cheq Eem sudi dan suka masak apabila pulang daripada pejabat dan sebenarnya saya pun kurang suka untuk makan di kedai dan lebih suka masakan wife di rumah, mungkin sebab dah muak makan di kedai sewaktu zaman bujang dulu.

Makanan yang disediakan di kedai biasanya mengandungi lebih lemak, garam dan gula. Namun, jika kita mengetahui cara yang bijak untuk memilih jenis makanan yang sesuai, kita juga boleh makan secara sihat semasa makan di luar. Saya kongsikan tips ini adalah untuk panduan kita semua dan saya juga kerana dalam seminggu tu mesti ada 2-3 kali saya dan wife makan diluar, bukannya apa cuma nak bagi wife berehat dan tutup dapur…hihihihi.

tips-makan-diluar-makan-dikedai-vitamin4kesihatan-blog-shaklee-sid917511

Jom kita cuba praktikkan tips ini….

1. Pilih Makanan Ala-Carte Yang Sihat

Elakkan makanan bergoreng seperti kuew teow goreng, nasi goreng dan ayam goreng. Sebaliknya, pilih makanan yang dibakar seperti ayam atau ikan bakar. Makanan yang dikukus dan direbus juga adalah pilihan yang lebih sihat kerana kurang lemak dan kalori. Antara menu ala-carte yang sihat seperti sup, tom yam, ladna, laksa, nasi kerabu dan lain-lain.

2. Elakkan Makanan Bersalut Tepung

Elakkan makanan bersalut tepung roti seperti chicken chop atau udang celup tepung. Penyerapan minyak bagi makanan yang disaluti tepung adalah 2 kali ganda berbanding makanan yang tidak disaluti tepung.

3. Pilih Air Kosong Atau Jus Buah

Elakkan minuman yang tinggi gula seperti minuman berkarbonat, minuman dalam tin dan kordial. Lebih baik pilih air kosong. Jika anda ingin sesuatu yang manis, pilihlah jus buah-buahan yang segar tanpa gula, kerana buah-buahan mengandungi gula semulajadi.

4. Elakkan Makanan Tinggi Kalori

Elakkan kari atau kuah yang mengandungi santan pekat dan pilihlah alternatif yang lain seperti mee sup. Untuk pasta, cuba elakkan kuah berkrim kerana ia mengandungi lemak yang lebih tinggi.

5. Berkongsi Makanan

Sesetengah restoran menyajikan saiz hidangan yang terlalu besar untuk seorang. Anda boleh berkongsi dengan anak, pasangan atau rakan anda. Ini boleh mengelakkan daripada makan berlebihan, yang juga boleh mengakibatkan pertambahan berat badan.

6. Pilihan Ditangan Anda

Jangan menambahkan “rasa yang lebih” kepada makanan anda dengan garam atau jenis-jenis sos. Tambahan pula, anda boleh meminta supaya makanan anda disediakan mengikut keperluan anda (contohnya kurang garam, kurang gula, lebih sayur dan kurang kuah). Jangan kurang harga sudah….hihihi..

Sumber: Jab. Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Universiti Malaya

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

4 comments to Tips Makan Secara Sihat Jika Makan Di Luar

  • Eshamz Halim  says:

    Lupa lak nak tulis , Sila ler share ngan kekawan..ekekekeke.. 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Sgt informatif.. T kasih diatas perkongsian ye 🙂

    • Eshamz Halim  says:

      sama-sama Khir Khalid…. sharing is caring kan…ekekekeke.. seronok gak share ngan kekawan blogger..sama2 dapat tambah ilmu.. 🙂

      • Khir Khalid  says:

        Mmg betul tu saudara Eshamz 🙂

Isikan Komen Anda Disini