Slide # 1
 

Tips Minum Air Putih Dan Waktu Yang Sesuai

Salam pembaca,

Sebelum saya berkongsi tips minum air putih, nak tanya sikitlah dekat korang. Sehari berapa liter ambil air? Cukup tak 3L sehari? Saya tak tau pon ape yang korang jawab.. Hehe..  Bagi yang cukup minimum 2L sehari, alhamdulillah… Lebih-lebih lagi kalau korang ambil vitamin.. Tapi bagi yang kurang 2L sehari, saya nasihatkan cuba-cuba lah tingkatkan jumlah pengambilan air yeaa.. Apa? Susah nak dapatkan 2L sehari? Takpe, sebab tu saya buat entry nie supaya dapat kongsi dengan korang tips minum air putih dan waktu bila yang sesuai..

Pertama sekali pilih bekas minuman untuk sukat isipadu air.

1. Botol Air

mineral water

Pastikan korang ada botol air. Tak kisah lah botol air mineral 500ml atau pon botol air biasa. Nak yang ada standard sikit, jenama Tupperware.. Hehe… Lebih baik anda tau isipadu setiap bekas minuman supaya senang nak kira.

2. Gelas / Mug / Cawan

air putih

Tetapkan jenis gelas / mug / cawan yang korang gunakan setiap hari. Sukat secara manual berapa isipadu air kalau di isi dengan penuh. Gelas dan mug selalunya 250ml, bagi yang gelas kecil 200ml. (Ini andaian saya sahaja. Korang boleh sukat sendiri di rumah)

Jadi macam mana nak cukup kan 2L air sehari? Boleh ambil air mengikut aturan waktu seperti berikut:-

WAKTU: Pagi

1 gelas air selepas bangun tidur

1 gelas air sebelum pergi kerja

1 gelas air selepas sarapan

WAKTU: Tengah hari

1 gelas air sebelum makan tengah hari

1 gelas air selepas makan tengah hari

WAKTU: Petang

1 gelas air sebelum balik

1 gelas air selepas balik

1 gelas air sebelum mandi

WAKTU: Malam

1 gelas air sebelum makan malam

1 gelas air sebelum tidur

 

Jadi, jika korang berjaya minum 10 gelas sehari, dengan isipadu air 200ml, cukup lah minimum 2L air putih sehari. Sama juga dengan botol. Jika korang berjaya abis satu botol air (500ml) pada setiap waktu, bersamaan dengan 2L sehari. Senang kan? Cara macam nie lah saya amalkan untuk cukup kan jumlah pengambilan air putih dalam sehari. Apabila cukup pengambilan air sehari badan lebih sihat, kulit lebih cantik dan yang paling dapat hindar pelbagai penyakit.

SELAMAT MENCUBA!!

Sharing is caring! 🙂

 

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

4 comments to Tips Minum Air Putih Dan Waktu Yang Sesuai

  • Mizz Aiza  says:

    perkongsian yang bermanfaat.. tak susah untuk menjadi cantik dan sihat kan..

    • Cheq Eem  says:

      sama2… mmg tak susah pun nak cantik…. 🙂

  • Lyn™  says:

    Akak memang kurang minum air dan sekarang memang dalam regim minum air masak banyak pasal ambik supplement. Sengsaro den tapi nak kulit comel punya pasal…teruskan juga ler..hehe…
    All the best untuk businesnya Cheq Eem. Mudah-mudahan jadi leader Shaklee yang berjaya dan terus gemilang.

    • Cheq Eem  says:

      jadi kekdahnya sekarang nie ingat cantik ingat air…. hahah…. bukan cantik jer kak, sihat pun dapat… package combo terbaik katanya…. hehehe… t.kasih k.lyn comel… semoga dipermudahkan segala urusan…. 🙂

Isikan Komen Anda Disini