Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadhan

Salam para pembaca,

Esok kita telah pun mula berpuasa. Walaupun ketika berpuasa kesihatan kita masih dapat dikekalkan dengan pengambilan diet yang seimbang dan mencukupi semasa sahur dan berbuka mengikut keperluan walau pun semasa dalam bulan ramadhan. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips pemakanan sihat semasa berpuasa yang saya pernah terbaca. Semoga dapat membantu anda di bulan Ramadhan ini.

puasa-vitamin4kesihatan-tips-berpuasa

Tips 1: Waktu Makan Yang Betul

Pembahagian masa makan yang betul iaitu merangkumi masa berbuka, makan malam & bersahur. Waktu makan sahur seharusnya sebelum subuh atau di awal pagi, bukan semasa lewat malam. Ini kerana metabolisma kita tinggi diwaktu pagi dan rendah diwaktu malam, apabila berlaku pengambilan makanan lewat malam, ia akan menyebabkan makanan tidak dapat diproses secara efektif & aturan tenaga hasil pencernaan juga tidak efisien. Dan kebarangkalian untuk tenaga diproses & ditukar ke lemak adalah lebih tinggi.

Tips 2: Kaedah Masakan Sihat

Pilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti memanggang, stim & sup berbanding menggoreng, menyediakan menu berasaskan santan atau terlalu berempah / terlalu pedas. Kurangkan penggunaan minyak atau santan ketika memasak & buang lemak/kulit pada ayam & daging sebelum memasak.

Tips 3: Kuantiti Makanan

Kata kuncinya ialah sederhana. Sederhana membawa maksud mencukupi & tidak berlebihan. Badan kita akan merasakan bahawa makanan yang dimakan sudah mencukupi apabila mula terasa kenyang, jika kita makan meskipun telah kenyang ia membawa kepada makan secara berlebihan. Makan & kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut lapar. Otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mengesan bahawa perut kita telah pun kenyang.

Tips 4: Makan Makanan Tinggi Serat

Mengutamakan makanan yang tinggi serat dengan meningkatkan pengambilan bijirin seperti beras perang, roti mil penuh & kekacang. Selain itu, sayur-sayuran & buah-buahan juga merupakan sumber makanan yang sangat kaya dengan serat. Pengambilan serat yang tinggi semasa sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari & memberi tenaga agar aktiviti harian dapat

Tips 5: Air Yang Mencukupi

Minum air dengan banyak sekitar 8 hingga 12 gelas di antara waktu berbuka hingga waktu sahur terutamanya air kosong. Ini bagi memastikan tubuh mendapat air yang mencukupi untuk berfungsi di siang hari.

Tips 6: Aktiviti Fizikal Sederhana

Teruskan aktiviti fizikal atau senaman ringan di sebelah malam bagi mengekalkan kecergasan tubuh dan minda kita. Senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan pantas atau berjogging.

Sumber: Jab. Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Universiti Malaya

Kami di www.vitamin4kesihatan.com ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa”

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

4 comments to Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadhan

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum awak. thanks bagi tips. insyallah akan diamalkan. selamat berpuasa yaaaa 🙂

  • Cheq Eem  says:

    wsalam sheila…. sama2 kita amalkan tips nie… slmt berpuasa dear… 🙂

  • Eida  says:

    eh eh sheila.. hehehhe… ida pun makan GLA sebelum tido tu dan selepas sahur. hukhuk

    • Cheq Eem  says:

      eh eh sheila.. eh eh ida… geng korang eh.. ekekeke… gud lah ida amek GLA.. semoga apa yg diinginkan dimakbulkan.. aminnn….. 🙂

Isikan Komen Anda Disini