Tips Pengambilan Vitamin Sepanjang Bulan Puasa

Salam pembaca,

Macam mana agaknya nak makan vitamin pada bulan puasa eh? Kalau hari biasa ada waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pada kebiasaanya waktu ni lah kita selalu ambil vitamin lepas makan. Tapi kalau masa bulan puasa cuma ada waktu sahur dan berbuka jer. Macam mana tu? Ha, jangan lupa pula, masa berbuka ada waktu moreh. Jadi kenapa nak kena confuse jadual waktu makan vitamin masa bulan puasa. Kita fikir cara macam ni. Apa yang kita biasa ambil waktu sarapan gantikan dengan waktu sahur, apa yang biasa kita ambil selepas makan tengah hari, ambil selepas berbuka. Dan apa yang biasa kita ambil waktu malam, ambil waktu moreh. Senang jer kan? πŸ™‚

tips pengambilan vitamin

Kalau masih tak berapa nak faham saya bagi contoh jadual pengambilan vitamin bagi mereka yang ambil Set Kurus Shaklee. Katakanlah produk yang diambil ialah Alfalfa, Lecithin, Omega, ESP dan Herb Lax iaitu Set Kurus Premium Shaklee.Β  Jadual yang selalu saya cadangkan pada customer yang mengambil set lengkap kurus ialah:-

Pagi : Alfalfa, ESP

Tengah hari: Lecithin, Omega

Petang : ESP

Malam: Alfalfa, Lecithin

Sebelum tidur: Herba Lax

Macam mana nak tukar jadual makan vitamin sepanjang bulan puasa? Untuk bulan puasa kita boleh ubah cara pengambilan seperti berikut:-

Sahur : ESP

Berbuka : Alfalfa, Lecithin / Omega

Moreh : Lecithin / Omega Guard

Sebelum tidur : Herb Lax

Bagaimana pula dengan kuantiti pengambilan bagi setiap vitamin? Saya cadangkan ambil dos yang rendah berbanding dengan dos pengambilan pada hari bukan puasa. Kalau pada hari biasa kita ambil 6-10 biji Alfalfa sehari, kita kurangkan lah cuma 4-6 biji sehari. Begitu juga dengan Lecithin. Kalau biasa ambil 3 biji selepas makan tengah hari dan 3 biji selepas makan malam, kita tukar ambil 3-4 biji selepas berbuka. Begitu juga dengan Omega Guard. Daripada ambil 3 biji sehari tukar kepada 1-2 biji sehari selepas berbuka atau moreh.

Seperti yang kita tahu jumlah pengambilan air kosong sangat penting bagi mereka yang ambil vitamin. Sepanjang bulan puasa dah lah kita kurang minum air, ambil pulak dos vitamin sama seperti hari biasa. Tak boleh lah macam tu kan. Bila kita nakΒ  teruskan pengambilan vitamin sepanjang bulan puasa saya nasihatkan kurangkan kuantiti bagi setiap vitamin. Melainkan anda berdisiplin dan cukup pengambilan air kosong 2-3L sehari.

Jadi pada waktu malam cuba lebihkan pengambilan air kosong selepas waktu berbuka dan semasa solat terawih. Satu tips yang boleh kita semak sama ada cukup atau tidak pengambilan air kosong ialah sediakan botol air. Kalau waktu malam dapat habiskan 2 botol air 500ml, maknanya kita cuma minum 1L air sahaja. Hmm.. sendiri mau ingat lah eh kalau susah nak minum air kosong. :p

Macam saya untuk bulan puasa saya tak ambil B-Complex dan Vitamin C, sebab dua vitamin ni adalah vitamin larut air. Untuk membantu tubuh badan menyerap khasiat vitamin tersebut, saya perlu minum air kosong secara berterusan. Kalau ambil lepas sahur masa bila pula saya nak minum air kosong sebab puasa. Kalau malam pula bila minum air terlalu banyak rasa kembung perut. Alamak tak cantik lah macam nie.. B-Complex dan Vitamin C vitamin kecantikan saya. Ekekeke..

Sepanjang bulan puasa saya ambil Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix pun cantik juga tau, sebab ada vitamin D. Hehehe… Itu tempias kesan Ostematrix. Yang ketara bila ambil Ostematrix ialah bila bangun untuk bersahur badan tak rasa letih. Lagi satu produk Shaklee yang saya ambil ialah Performance Drink. Yang ini bekalan wajib sepanjang bulan puasa sebab nak kekalkan kandungan elektrolit dalam badan. Macam air isotonik lah kiranya Performance Drink ni. Tapi kandugan gula jauh lebih rendah berbanding air isotonik yang berada di pasaran. Dan kalau saya rajin saya ambil lah Vitalea selepas berbuka puasa.

Saya harap perkongsian ini membantu mereka yang ada kemusykilan tentang pengambilan vitamin sepanjang bulan puasa.

Salam ramadhan.. πŸ™‚

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

14 comments to Tips Pengambilan Vitamin Sepanjang Bulan Puasa

  • hannyabdullah  says:

    Uishhhh…memang.membantu sangat ni..lps ni leh le makan vitamin gan teratur..:)

    • Cheq Eem  says:

      lepas nie susun balik jadual pengambilan vitamin yang selalu sis ambil k… hehe…

  • Raudzah  says:

    Thanks Cheq Eem..salam lima Ramadhan..

    • Cheq Eem  says:

      u r welcome raudzah… salam 5 ramadhan…

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum .. wahh bagusnya. thanks for info cheq Eem. hehee

    • Cheq Eem  says:

      Wa’alaikumsalam sheila… sekadar berkongsi info yang saya tau… πŸ™‚

  • sobri yaacob  says:

    owh spanjang bulan puasa ni nampaknya kita kena la tukar juga rutin pmakanan vitamin,. tapi jagan tinggalkan trus.. cuma sesuailkan masa utk ambik
    nice sharing sis.. good information

    • Cheq Eem  says:

      ya betul… bila kita tau fungsi bagi setiap vitamin kita boleh ambil pada waktu yang bersesuaian… hehe… πŸ™‚

  • pcr353  says:

    Banyaknya kena makan ubat…

    • Cheq Eem  says:

      beza tau vitamin dengan ubat… makan banyak vitamin takpe, asalkan kita minum banyak air kosong..

  • Khir Khalid  says:

    Salam Ramadhan Cheq Eem.. awal2 bulan puasa ni bnyk kekangan berblogging.. mesti sbb tak makan vitamin ni huhu.. πŸ™‚

    • Cheq Eem  says:

      salam 10 ramadhan khir… jangan tinggalkan pulak vitamin tu.. kena cargas klu nak berblogging… hehe….

  • Strider  says:

    seriously tak pernah plak terpikir pasal nie..sy ingatkan kalau bulan puasa makan time buka and sahur jer…hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      sekadar berkongsi ilmu yang saya pelajari… hehehe… lepas nie kalau terlupa nak makan vitamin lepas berbuka waktu moreh kan ada… πŸ˜€

Isikan Komen Anda Disini