Tips Jadi Pengedar Shaklee Yang Hebat Di Program Jom Hebat

Salam pembaca,

Salah satu tips untuk menjalankan perniagaan MLM mestilah pandai pilih bisnes group. Bukan semua bisnes group sedia memberikan komitmen dalam beri bimbingan dan panduan. Kata kunci untuk berjaya dalam bidang MLM ialah kita mesti RAJIN. Sebabnya bisnes kita, keuntungan kita dan cara kita. Pilih cara yang betul, maka berjaya lah kita. Pilih cara yang salah, tersungkur lah jawabnya.

Salah satu kelebihan menjadi ahli Shaklee dibawah kumpulan Master Lyna Noh dan Master Zainul ialah kesungguhan mereka dalam memastikan sulur galur atau keturunan iReach (dulu dikenali Lady Boss) mendapat latihan, bimbingan, sokongan, tips berjaya dan sebagainya untuk jadi seperti mereka. Walaupun kami selalu mendapat coaching secara On-Line, tetapi sekali sekala Off-line coaching akan diadakan juga. Salah satu off-line coaching yang disediakan ialah Program Jom Hebat. Semasa saya hadir untuk sesi Jom Hebat 2013 dah terasa aura yang cukup kuat, tapi tahun ni Program Jom Hebat 2014 pengisiannya lebih HEBAT, lebih MANTAP, sangat BERSEMANGAT, PENUH KEJUTAN dan macam-macam lagi.

Sesi pertama adalah kisah Nad Zaim yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Mak Bintang’ dikalangan kami. Seorang isteri, ibu yang masih mempunyai anak kecil dan dalam masa yang sama juga seorang guru Fizik. Beliau berjaya buktikan tiada yang mustahil untuk mengubah nasib diri dan keluarga dengan berniaga Shaklee. Setiap orang mempunyai kisah yang tersendiri, dan kisah inspirasi Nad Zaim betul-betul membuka mata mereka yang hadir pada hari tu. Yang penting matlamat mesti jelas dan barulah kita nampak jalan untuk menuju matlamat tersebut.

Kisah Kain Pelikat

Kalau selalunya kami dalam group selalu berkongsi kisah suka dan duka sesama orang perempuan, kali ni giliran orang lelaki atau para suami pula berkongsi cerita. Kebiasaanya memang orang perempuan lah yang berhadapan dengan karenah pelanggan, proses pesanan, memberi konsultasi pelanggan, bimbing ‘anak-anak’ Shaklee dan sebagainya. Habis tu apa pula peranan seorang suami? Tukang pos barang ker? Hehe.. Peranan mereka yang paling besar ialahΒ  menjadi tempat luahan perasaan dan pendengar setia. Kepada siapa lagi seorang isteri nak mengadu nasib kalau bukan suami. Betul tak? Jadi tips Kisah Kain Pelikat untuk golongan suami sila tahan telinga eh kalau isteri-isteri tengah stress dengan bisnes Shaklee. Hehe…

jom-hebat-mega-group-ireach-shaklee-malaysia-5Forum Kain Pelikat yang santai dan rileks. Sporting habis encik suami di atas pentas..

iReach or iRich ?

Walaupun ejaan dan maksud tak sama tapi mempunya sebutan yang sama. I want to reach to be rich. Wah, kelas gitu kan. Adakah itu sebabnya Master Lyna dan Master Zainul re-branding LadyBoss kepada iReach? Itu andaian saya jer. Tapi nampak juga logiknya di situ kan. Jadi apa itu iReach?

ireach-smart-shaklee

Dengan pelancaran iReach lebih memudahkan untuk kami akses file, photo, video dan sebagainya secara online. Jika sebelum ni kami menggunakan medium FB Group untuk perkongsian info. Bukan tak bagus FB group nie, tapi terdapat beberapa kelemahan terutama bila kami nak search info dan sebagainya. Dengan iReach insya-allah akan lebih tersusun, lebih mudah dan lebih menarik. Overall nya iReach akan kelihatan seperti web portal Shaklee. Ops, ini bukan official portal Shaklee, tapi ini adalah inisiatif dari Master Lyna dan Master Zainul khas untuk keturunan meraka sahaja. Bila lihat makna disebalik iReach memang penuh makna dan simbolik.

Lebih Hebat Dengan Amin Idris

Segmen yang paling ditunggu oleh semua orang yang datang pada hari itu ialah saudara Amin Idris, seorang personaliti TV Al-Hijrah dan juga seorang training consultant. Daripada mula sampai habis (lebih kurang 2 jam) dia bercakap dengan penuh bersemangat. Terpaku satu dewan mendengar setiap kata-kata perangsang yang disampaikan oleh beliau. Itu belum masuk lagi dia menunjukkan bakat menyanyi dan sebagainya. Tak terganggu pun tumpuan dia dalam berkongsi ilmu walaupun masa tu anak-anak sedang seronok bermain di hadapan pentas. Eh, anak-anak? Ya, memang kami benarkan anak-anak ikut serta dalam sebarang aktiviti Shaklee. Barulah family bisnes.. Hehe.. Tapi saudara Amin Idris cakap, macam family day. πŸ™‚

jom-hebat-mega-group-ireach-shaklee-malaysia-1Segak kan saudara Amin Idris ni. Suara dia bila menyanyi sedap sangat.. Hehe..

Ada banyak sangat ilmu yang disampaikan oleh beliau pada hari tersebut. 2 jam dia ‘membebel’ supaya menjadi insan yang berjaya atas pentas terasa macam setengah jam. Memang tak puas. Mungkin saudara Amin Idris sudi datang lagi untuk majlis sebegini? Kalau ada pasti saya akan pergi. Tak rugi pergi majlis ilmu macam ni.

Salah satu perkara yang beliau tekankan dan menusuk dalam hati saya ialah mengenai MATLAMAT. Kenapa agaknya?

MATLAMAT YANG JELAS –> tindakan yang jelas

MATLAMAT YANG BESAR –> usaha yang besar

MATLAMAT YANG KECIL –> usaha yang kecil

MATLAMAT YANG JAUH –> langkah jauh

Nampak tak betapa pentingnya kita mesti tetapkan matlamat dalam kehidupan. Orang yang tiada matlamat ni hidupnya terumbang-ambing, bagaikan layang-layang yang terputus tali dan akhirnya jatuh ke tanah. Antara ciri-ciri orang yang berjaya mesti mempunyai matlamat. Mulai daripada hari itu saya perlu visualize dengan lebih jelas apa matlamat saya dan apa yang nak saya capai dengan Shaklee.

Saudara Amin Idris juga sempat berkongsikan kisah personaliti TV Paling Popular di Malaysia iaitu Dato’ Aznil Hj. Nawawi. Katanya semasa Dato’ Aznil membawa proposal tema dan konsep rancangan ‘Macam-macam Aznil’Β  dan tunjukkan pada pihak stesen televisyen, idea beliau ditolak mentah-mentah. Tiada siapa yang percaya dengan idea kreatif Dato’ Aznil. Kalau dikenang balik pada zaman ituΒ  konsep rancangan tersebut memang tak masuk akal. Tapi Dato’ Aznil berani untuk melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain. Dan beliau berjaya buktikan sehingga rancangan tersebut menang pelbagai anugerah termasuk ‘Best Talk Show’ peringkat asia.

Jadi tak mustahil untuk kita mempunyai impian yang besar. Dream big and go for it! Bagi tau je dekat kawan-kawan apa impian kita.

1) Aku nak pusing satu dunia cara backpacker

2) Aku nak diving dekat semua pulau-pulau di seluruh dunia

3) Aku nak rumah banglo besar mengadap laut sebagai rumah percutian

4) Aku nak bawa mak, abah, mak mentua, bapak mentua ke tanah suci dengan taraf 5 bintang

5) Aku nak tubuhkan yayasan untuk anak yatim

Ada banyak lagi. Cukup lah senarai kan 5 jer dulu. Kalau respon kawan-kawan cakap ‘Ko gila?’ itu bermakna impian kita cukup besar dan kita perlukan buktikan. Jadi jawab jer ‘So what? Ko ade?’ .. Haa, gitu kan.. Eh, ada sambungan nya lagi.. ‘Never say never, fight till forever‘. Siapa yang ajar cakap macam nie? Siapa lagi kalau bukan saudara Amin Idris. Hehe.. Tahu tak, dulu kawan-kawan Tony Fernandes pun cakap dia gila juga sebab nak buka syarikat penerbangan. Tengok apa yang dia ada sekarang. πŸ™‚

Tips untuk menjadi pengedar Shaklee yang hebat tak berhenti di Program Jom Hebat. Malah ianya berterusan selagi kita tekad untuk berjaya. Yang penting kita istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam setiap tindakan yang kita ambil.

Jom layan gambar pula. πŸ™‚

jom-hebat-mega-group-ireach-shaklee-malaysia-7Dengan si comel Iris.. Sepanjang hari tu saya lah mak angkat dia.. Prektis katanya.. Ekekeke….

jom-hebat-mega-group-ireach-shaklee-malaysia-6Supermom, superwoman, superleader.. iR Master Ida Khairani.. Dialah yang banyak memberikan semangat kepada team Shaklee Extraordinary Team dan S.M.A.R.T.. Datang dengan 3 orang anaknya.. Hebat kan?

IMG_9691Sesi penganugerahan kepada top leader.. Masing-masing naik atas pentas dengan anak.. Masing-masing dah start rehearsal untuk naik atas pentas bulan June nanti untuk Shaklee National Conference 2014.. Sumpah jeles.. :p

jom-hebat-mega-group-ireach-shaklee-malaysia-3Tak tahu bisnes lain macam mana. Tapi bisnes Shaklee kami suasana sebegini dah menjadi kebiasaan. Kalau tak, takda lah saudara Amin Idris cakap dah macam family day. Hehe…

Jom layan video pulak….

Sekadar renungan:-

Tiada yang mustahil untuk orang yang biasa menjadi luar biasa. Tiada yang mustahil ubah nasib dari menjadi si miskin menjadi si kaya. Tiada yang mustahil apabila impian yang besar menjadi kenyataan. Tiada yang mustahil daripada seorang yang pasif menjadi agresif. Tiada yang mustahil kita boleh berubah dari zero menjadi hero. Kenapa? Semuanya sebab kita mempuyai TARGET, MATLAMAT, VISI dan MISI. Kita sentiasa ada pilihan dalam hidup, sama ada pilih untuk berjaya atau pun gagal.

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

8 comments to Tips Jadi Pengedar Shaklee Yang Hebat Di Program Jom Hebat

  • Raudzah  says:

    Salam Rabu Cheq Eem..& Tahniah untuk semua dealer-dealer yang hebat.

    • Cheq Eem  says:

      salam rabu raudzah… terima kasih….! πŸ™‚

  • Ida  says:

    Bertambah awesome entry ni sebab tempek mukaku. Tq atas exposure ini.

    • Cheq Eem  says:

      memang ohsem kita semua….! harap2 entri ni bawa tuah…. πŸ˜€

  • zainulanuar  says:

    nice one

    • Cheq Eem  says:

      nice two three four until infinity lah master zainul… πŸ˜€

  • Khir Khalid  says:

    Tahniah.. semoga terus berjaya & maju… aamiin.. πŸ™‚

    • Cheq Eem  says:

      terima kasih Khir kerana selalu doakan dan bagi semangat…. πŸ™‚

Isikan Komen Anda Disini