Slide # 1
 

Tips Permakanan Semasa Hari Raya Aidilfitri

Salam pembaca.

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semestinya, pasti pelbagai juadah memikat selera  yang akan dihidangkan sepanjang musim perayaan ini. Maklumlah, selepas sebulan berpuasa, mesti nafsu makan membuak-buak tetapi kita haruslah sentiasa beringat bahawa makan secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan akhirnya berlaku peningkatan berat badan.

juadah-hari-raya-aidilfitri-vitamin4kesihatan-shaklee-tips-pemakanan-hariraya-tips-sihat-v4k-set-kesihatan-shaklee

Oleh kerana itu, www.vitamin4kesihatan.com  ingin berkongsi beberapa tips pemakanan agar anda sentiasa sihat di sepanjang bulan Syawal nanti. Jom baca tips dibawah:

1. Alas Perut Sebelum Keluar Beraya

Mulakanlah Hari Raya anda dengan menikmati minuman yang segar seperti jus buah-buahan dan air masak untuk mengelakkan anda daripada makan secara berlebihan.

2. Mulakan Dengan Ringkas & Perlahan-lahan

Makan secara ringkas dengan menikmati makanan dalam jumlah yang kecil seperti ketupat dan buah-buahan terlebih dahulu. Ambil masa ketika menikmati makanan kerana otak memerlukan masa untuk merekodkan tahap kekenyangan dan kunyah secara perlahan agar makanan tersebut dapat dicerna dengan sempurna.

3. Sedikit Dalam Setiap Hidangan

Walaupun anda berada di rumah sendiri ataupun rumah terbuka, pasti terdapat banyak hidangan untuk menjamu selera. Jika anda ingin untuk merasa kesemuanya, ambillah dalam jumlah yang sedikit bagi setiap hidangan. Jangan penuhkan pinggan dengan makanan pada satu masa, namun jika teringin, ambillah makanan yang belum dicuba selepas satu ketika. Gunakan pinggan yang kecil kerana ia memberi tanggapan kepada minda bahawa anda menikmati makanan dalam jumlah yang banyak.

4. Bersederhana Dengan Protein

Apabila menyentuh sajian daging, tentunya terdapat pelbagai pilihan yang disediakan. Rendang rasanya lebih berlemak kerana terdapat penggunaan santan dan sangat sesuai dinikmati dengan nasi. Pastikan anda mengawal kombinasi ini kerana ia agak berat untuk perut anda. Ambil banyak daging putih seperti ayam dan ikan manakala untuk daging merah seperti lembu dan kambing, ambillah secara sederhana.

Sumber: Jab. Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Universiti Malaya

Kami di www.vitamin4kesihatan.com ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin”

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

2 comments to Tips Permakanan Semasa Hari Raya Aidilfitri

  • rika  says:

    bimbang berat naik ketika raya, bolehlah amalkan tips yang dikongsi. terima kasih.

  • Hari Raya Wishes  says:

    Selamat Hari Raya Wishes (Aidilfitri 2015) To All My Dear Muslims Around The Word!!! May Allah Bless You With Forgiveness and Peace!!!!

Isikan Komen Anda Disini