Tips Rancang Persediaan Sebelum Balik Kampung

Salam Pembaca,

Pasti ramai yang dah tak sabar untuk pulang ke kampung untuk sambutan hari raya bersama keluarga tercinta kan. Pada yang dah selamat tiba di kampung, alhamdulillah. Bagi yang belum lagi pulang ke kampung pastikan semua kelengkapan yang perlu di bawa balik sudah tersedia. Jangan pula ada yang tertinggal. Kalau tidak spoil mood raya jer nanti. Hehe…

Sebab itu kita perlu rancang persediaan sebelum pulang ke kampung. Kenapa nak kena rancang pulak? Sebabnya nak elakkan sebarang masalah seperti baju tertinggal, kereta rosak di tengah jalan atau lain-lain. Jadi saya kongsikan dengan pembaca bagaimana saya merancang persediaan sebelum balik kampung untuk beraya.

vitamin semulajadi

1. Buat Senarai Semak / Checklist

Senaraikan perkara yang perlu kita selesaikan sebelum balik ke kampung. Buat jer senarai apa yang terlintas dalam fikiran kita. Tuliskan di atas kertas dan tampal dekat peti ais. (Nak tampal kat mana suka hati ye.. hehe..) Lepas tu bila ada perkara yang tiba-tiba kita teringat, amek kertas tu dan tulis lagi. Sebelum keluar dari rumah kita boleh double check barang-barang yang sepatutnya dibawa pulang. Jangan meraung pulak kalau dah separuh perjalanan kasut raya yang Vasszz tertinggal.. Hehe..

shaklee trial pack

2. Periksa Kenderaan

Ini adalah sangat mustahak dan paling penting terutama bagi yang pulang ke kampung memandu sendiri. Sebagai suami yang bertanggungjawab, pastikan kereta di hantar untuk pusat servis kenderaan bagi memastikan kereta berada dalam keadaan yang baik. Bila kereta dah tip top baru lah perjalanan lancar dan selamat. Insya-allah.. Bab-bab kereta ni saya bagi markah penuh untuk suami.

shaklee trial

 

3. Kemas Rumah

Pastikan keadaan rumah dalam keadaan bersih, kemas dan selesa sebelum pulang ke kampung. Jadi bila kita yang dah penat dalam perjalanan pulang  dari kampung ke rumah terus hilang rasa penat bila lihat rumah dalam keadaan selesa dan kemas. Rumahku Syurgaku kan.

shaklee trial pack

4. Tutup air dan bekalan eletrik

Tutup paip air utama sebelum tinggalkan rumah. Andai kata sepanjang kita tinggalkan rumah ada berlaku kebocoran paip, takda lah berlakunya pembaziran air. Begitu juga dengan elektrik. Pastikan semua suis tutup dan cabut kepala suis. Dapat juga mengelakkan berlakunya lintar pintas di dalam rumah. Tapi suis peti ais tak payah lah tutup. Hehe..

close pipe

5. Beli tiket awal

Bagi yang pulang menaiki public transport pula pastikan beli tiket seawal mungkin. Tiket bas, tiket keretapi, tiket kapal terbang atau pun tiket kapal beli secepat mungkin. Dalam berita pun tiap-tiap tahun dah bagi peringatan supaya beli tiket awal, tapi tetap ada masalah tiada tiket bas untuk pulang ke kampung. Mungkin juga bos lambat approve cuti kan.. Hehe.. Tapi jika dapat beli awal lebih bagus. Betul tak?

ticket

6. Pet Center

Bagi yang ada binatang peliharaan seperti kucing, ikan, iguana, hamster atau pun ular ker hantarlah ke pusat penjagaan haiwan yang berlesen. Biar mahal bayaran untuk menjaga binatang tersebut asalkan keadaan binatang peliharaan kita di jaga sebaik mungkin.

mamafaiz

Itu saja tips yang dapat saya kongsikan dengan pembaca sekalian. Mana-mana yang boleh dijadikan panduan boleh lah share kan dengan kengkawan. Dapatkan juga tips pemakanan semasa raya di sini. Raya-raya juga, kesihatan jangan diabaikan ok. 🙂

Kami di www.vitamin4kesihatan.com ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin”

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq Eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini