Slide # 1
 

Tips Sihat: Kenal Pasti Peratusan Lemak Dalam Badan

Salam pembaca,

tips-diet-check-body-fat-percentage-men-women-

Apa yang anda tahu pasal body fat % atau di dalam bahasa melayu peratusan lemak dalam badan? Adakah semua lemak itu tidak bagus ataupun adakah lemak itu bagus?

Sebenarnya body fat % terbahagi kepada dua. Pertama storage body fat dan yang kedua essential body fat. Apa pula perbezaannya?

Essential body fat = Wajib diperlukan dalam badan untuk mengekalkan fungsi kehidupan
Storage body fat = Tidak wajib diperlukan dalam badan.

Peratusan lemak dalam badan untuk lelaki dan wanita adalah berbeza. Wanita lebih memerlukan lebih banyak lemak berbanding lelaki terutama di bahagian tertentu seperti pehan dan punggung untuk proses melahirkan anak. Oleh sebab itu peratusan lemak yang ideal bagi lelaki adalah lebih rendah berbanding wanita. Peratusan lemak yang ideal untuk lelaki ialah 1-3%, manakala untuk wanita pula 10-13%.

Cuba kita lihat bentuk badan para ahli sukan. Badan mereka nampak tegap kan? Ini kerana kebanyakan mereka mempunyai peratusan lemak badan yang sangat rendah berbanding orang normal. Lagi pun mereka memang sentiasa bersenam serta mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk kelihatan sihat dan bergerak aktif.

Tetapi apa pula yang akan terjadi sekiranya peratusan lemak badan melebihi daripada paras normal? Kalau dah melebih paras normal mereka ini termasuk dalam golongan obesiti. Seperti yang kita tahu apabila badan kita dikategorikan sebagai obesiti maka risiko untuk menghidap penyakit berbahaya adalah sangat tinggi. Antaranya diabetis, sakit jantung, tinggi kolestrol, sakit buah pinggang, stroke dan lain-lain lagi.

body-chart-for-men-and-women

Salah satu cara untuk cara untuk mengira body fat % ialah menggunakan mesin Body Compositon Analyzer. Contoh seperti dalam gambar di bawah. Cuma masukkan ketinggian, berat, umur dan pegang alat tersebut sehingga bacaan tamat. Kemudian dalam 1-2 minit kita akan dapat keputusan. Dan berdasarkan keputusan tersebut dapatlah jadikan sebagai rujukan untuk kita merancang ke arah kehidupan yang lebih sihat.

body composition analyzer

Alat ni boleh dibeli di farmasi. Tetapi harganya agak mahal. Kalau nak cara yang paling jimat ialah berkunjunglah ke mana-mana pameran kesihatan yang diadakan. Kebiasaannya mesti ada booth yang menyediakan perkhidmatan ujian saringan kesihatan.

Isikan Komen Anda Disini