Vitamin oh Vitamin

(Coretan daripada suami kepada Cheq Eem)

Salam kepada semua pembaca blog ini,

Dalam dunia yang serba moden sekarang, saya rasa ramai yang tiada masa untuk menjaga kesihatan diri masing-masing disebabkan kesibukan urusan kerja atau malas. Kita semua terdedah dengan gaya pemakanan yang tidak sihat dengan wujudnya banyak restoran “fastfood” dimana-mana. Kebanyakkan kaum isteri pada zaman sekarang jarang memasak makanan sendiri di rumah disebabkan terpaksa berkerja untuk membantu suami disebabkan peningkatan kadar ekonomi untuk menampung kehidupan di bandar sekarang. Saya dan isteri juga tidak terkecuali daripada faktor-faktor ini.

Vitamin oh Vitamin

 vitamin-kesihatan  vitamin-oh-vitamin

Saya sebenarnya seorang yang amat susah untuk mengambil vitamin tambahan dan juga sukar untuk makan ubat walaupun tidak sihat. Semenjak isteri saya a.k.a Cheq Eem menjadi Distributor untuk produk Shaklee, saya terpaksa mengambil vitamin tambahan secara berjadual dan isteri saya yang akan menjaga jadual pemakanan vitamin tambahan serta memastikan vitamin tambahan dimakan setiap hari. Terus terang saya katakan, perkara-perkara sebegini adalah jarang dititik beratkan bagi seorang lelaki. Alhamdulillah, saya ada seorang isteri yang boleh menjaga jadual pemakanan vitamin tambahan saya disamping penjagaan perkara-perkara yang lain.

Sehingga kini, saya masih terus mengambil Vita-E Complex, Vita-Lea dan Zinc Complex setiap hari seperti yang telah dijadualkan oleh isteri saya. Perubahan yang saya rasa paling ketara adalah pada rambut saya yang kurang gugur. Sebelum ini, apabila shampoo rambut semasa mandi mesti banyak rambut yang gugur dan melekat pada tapak tangan dan kalau baring pula mesti banyak rambut yang gugur melekat pada bantal. Perubahan yang lain masih lagi belum terasa atau mungkin akan mengambil masa lagi, kemungkinan lain orang lain kesannya.

Tidak salah rasanya kalau saya katakan bahawa ” Kesihatan anda bermula di rumah”

Kepada para-para isteri di luar sana, kalau inginkan suami anda mengambil  vitamin tambahan, silalah buat satu jadual pemakanan dan pantau pemakanan vitamin bagi suami anda kerana kaum lelaki ni kadang-kadang perlu dipaksa seperti saya dan selalunya beranggapan bahawa perkara penjagaan kesihatan ini adalah perkara yang remeh. ekekekekeke…

hasil nukilan :

Eshamz Halim

 

 

 

Isikan Komen Anda Disini