Slide # 1
 

Wajib Bawa Semasa Bercuti

Salam pembaca,

Bercuti ni memang seronok kan..? Rasa tenang jer jiwa bila dapat bercuti daripada mengadap kerja-kerja di ofis yang selalu bikin jiwa stress.. Hehe… Tak kisah lah pergi bercuti kemana pun samada dalam negeri atau luar negara.. Asalkan dapat merehatkan fikiran, mengembalikan cas-cas positif dalam diri, mencari pengalaman baru dalam hidup dan yang paling best sekali semasa bercuti kita enjoy..!!

Sepanjang tahun 2013 nie boleh dikatakan kerap juga saya dan suami pergi bercuti.. Awal tahun hari tu, bulan Mac kita orang join group ex-ofismate saya di Parkson pergi ke Pulau Tioman.. Kalau 3 taun lepas kami pergi ke Kg Salang, kali ni kami tinggal di Kampung Genting dengan group yang sama juga.. Tapi tempat nie tak berapa menarik berbanding Kg Salang.. Pantainya banyak coral yang dah pecah.. Itu sahaja.. View dekat sana tetap lawa dan mendamaikan.. Hehe.. Harap-harap tahun depan mereka akan buat trip ke Perhentian.. Tahun ni trip ke Perhentian terpaksa cancel masa bulan September sebab semua chalet full house…

cuti cuti krabi

Pemandangan sekitar Maya Bay

Kemudian akhir bulan April pula kita orang pergi ke Krabi.. Sawadikap… Makan ikan siakap 3 rasa sedap… Ekekeke…. Kalau orang tanya ‘Krabi macam mana..?’ Saya jawab… BESTTTTTTTTT!!!! Sila pergi kalau belum pernah jejak kaki ke Krabi.. Pantai dekat sana memang cantik, pasir halus, laut biru dan tenang.. Subhanallah.. Memang tak tergambar dengan perkataan.. Kena pergi dan lihat sendiri keindahan pantai di sana.. Klik sini untuk entri Krabi –> Trip to Krabi

Kemudian bulan Julai pula terbang nun ke Sabah bah.. Saya ke sana sebab urusan kerja selama seminggu.. Yearly stock take untuk Times The Bookstores.. Tahun lepas suami tak dapat ikut sekali sebab tiada tiket yang murah.. Kebetulan tahun nie dapat tau tarikh awal untuk ke Sabah, dan ada pula tiket Air Asia yang murah so terus beli cepat-cepat lah.. Lepas siap segala urusan kerja di sana, baru encik suami a.k.a Eshamz Halim datang untuk berjalan-jalan.. Dapatlah kami sambut anniversary yang ke-2 di sana.. Klik sini untuk entri trip Sabah –> From Sabah With Love

Dan penutup sesi jalan-jalan 2013 ialah Hutan Belum.. Kali nie masuk hutan pulak.. Belum pernah pergi bercuti berkonsepkan alam semulajadi.. Teringin juga nak cari pengalaman baru.. Perasaannya memang seronok sangat.. Lain daripada yang lain.. Saya teringin nak buat satu trip dengan geng blogger untuk pergi ke Hutan Belum.. Mesti seronok.. Hehe… Klik sini untuk entri –> Royal Belum Adventure Trip

Jadi kemana pula destinasi seterusnya? Mungkin tahun depan ke Taman Negara pula..? Dah ada dah senarai tempat menarik yang nak pergi..  Dan jika diizinkan oleh-Nya kami suami isteri nak  mendaki Gunung Kinabalu.. 😀

Bekalan Vitamin Wajib Bawa Semasa Bercuti

Kebiasaannya bila bercuti ni kalau badan yang tak cukup fit, akan rasa cepat letih dan penat.. Bila dah penat mood nak bercuti pun terganggu.. Konsep bercuti saya, hotel hanya tempat untuk tidur sahaja.. Rugi lah kalau dah pergi ke tempat orang banyak habiskan masa di hotel.. Awal-awal pagi akan keluar merayap dan tengah malam barulah balik ke hotel.. Kalau nak tidur dan berehat kat rumah pun boleh kan.. Ekekeke….

promosi shaklee 2013

Inilah yang saya bawa kalau bercuti.. 🙂

Kenapa saya bawa semua tu? Sebabnya ialah ..

Performance Drink –> Minuman air seperti isotonik yang dapat mengembalikan bendalir air di dalam badan akibat dehydrate.. Saya akan mudah pening dan sakit kepala jika kurang minum air kosong.. Untuk atasi masalah tersebut saya akan bawa sekali Performance Drink supaya badan kekal aktif dan cergas dan tak dehydrate.. Yang nie saya pack dalam zipper bag kecik.. Takda lah nak bawak sebalang tuu…

Vitamin CChewable –> Untuk menjaga sistem pertahanan badan.. Takda lah mudah dijangkiti virus.. Nak pulak bila kita pergi tempat bercuti yang ramai orang dan virus mudah terdedah dengan mudah..

Ostematrix –> Ambil ostematrix sebelum tidur dapat memberikan tidur yang lebih lena, melegakan sakit kaki, mengelakkan kekejangan otot serta melawaskan perut di waktu pagi.. Dah penat berjalan satu hari kan, makan pun macam-macam jadi ambil Ostematrix sebelum tidur memang membantu sangat-sangat..

Peppermint Ginger Plus –> Yang ini saya bawa untuk standby jer.. Ambil bila perut masuk angin atau rasa nak muntah.. Manalah nak tau salah makan atau lambat makan..

Jadi setiap kali pergi bercuti selain sibuk packing baju dan barang-barang lain, vitamin shaklee mesti ada sekali.. Daripada bawa ubat kan lebih bagus bawa vitamin semulajadi.. Lebih selamat untuk tubuh badan.. Dan takda lah alasan nak MC selepas bercuti.. Kalau tak nanti bos pun bising.. Dah lah cuti lama, sambung MC pula.. Ekekeke…

p/s : Mari kita kumpul duit untuk bercuti tahun depan … 😀

Follow Cheq Eem on Google+!

Disclaimer:
* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

5 comments to Wajib Bawa Semasa Bercuti

  • Khir Khalid  says:

    Penggunaan tenaga sewaktu bercuti sebenarnya lebih bnyk dari sewaktu bekerja.. cuma minda shj yg x perasan sbb seronok.. baguslah ada suppliments, sekurang2nya kesihatan x diabaikan.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      tau takpe…. badan dah penat, tapi nak berjalan punya pasal tetiba rasa sihat…. 😀

  • Eshamz Halim  says:

    Travelling secara sihat… 🙂

  • raudzah  says:

    Kita pun dah agak lama tak bercuti yang agak jauh…setiap kalilan ada je perubahan…nyway kalau nak travel memang kena make sure all prepared..kalau tak nanti ada yang stress and tak enjoy the holiday!!!

  • raudzah  says:

    Salam kenal Cheq Eeem..

Isikan Komen Anda Disini