Slide # 1
 

Waktu-Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

Salam pembaca,

 Nabi Muhammad SAW bersabda: Doa umpama senjata orang Mukmin dan sendi kekuatan agama juga cahaya yang berkilauan di langit dan bersinar di bumi.” (Riwayat al-Hakim)

Allah berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu itu. Sesungguhnya orang yang sombong, takbur daripada beriabadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Mu’min, ayat 60)

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang terbuka hatinya untuk berdoa, terbuka baginya pintu-pintu rahmat dari Allah dan sekiranya tidak meminta sesuatu dari Allah yang disukainya melebihi permintaannya supaya diberi akibat.” (Riwayat at-Tarmizi)

waktu-mustajab-untuk-berdoa

Berdasarkan pada keterangan ayat di atas lihatlah betapa hebatnya kuasa do’a. Kita digalakkan sentiasa berdo’a kepada Allah s.w.t tidak kira sama ada waktu kita senang ataupun waktu susah. Lazimnya bila ditimpa musibah atau berhajat kan sesuatu baru kita berdoa bersungguh-sungguh. Sedangkan bukan kah lebih afdal kalau kita berdo’a setiap hari, setiap waktu dan setiap masa sebagai tanda kita sentiasa mengingati-Nya.

Andai kita ingin do’a kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t mohon lah doa pada waktu-waktu yang diriwayatkan adalah waktu yang mustajab. Diantara waktu-waktu tersebut ialah:-

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.
“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.” (Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

puasa-vitamin4kesihatan-tips-berpuasa

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”

18.Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati  nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)

19.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sumber –> 22 Waktu Mustajab Do’a

Marilah kita bersama-sama melipat gandakan pahala di bulan puasa dan berdo’a lah setiap hari. Semoga apa yang kita hajatkan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Aminn…. 🙂

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

9 comments to Waktu-Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

  • Bahrain  says:

    Tak pernah dengar pula doa yang mustajab ketika hujan turun. Dapat imu baru ni.

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah.. semoga perkongsian saya ni dapat menambah ilmu saudara bahrain… 🙂

  • montana  says:

    terima kasih atas perkongsian..yg 1 2 selalu dok denga1 yg lepaih2 tu ni baru taw

  • fyna  says:

    terima kasih dengan perkongsian ini.

  • Raudzah  says:

    Alhamdulillah..banyak waktu mustajab ni sebenarnya coz Allah nak kita sentiasa ingat dan berserah padanya…

  • hannyabdullah  says:

    time kasih atas perkongsian ini ya..terbaik

  • Khir Khalid  says:

    Subhanallah… t kasih atas perkongsian ini Cheq Eem..

    • Cheq Eem  says:

      sama-sama khir… 🙂

  • Rai Ourkizuna  says:

    banyak rupanya waktu mustajab doa ni.. lepas berdoa kena bersangka baik dengan Allah.. semoga Allah perkenankan doa kita.. amin..

Isikan Komen Anda Disini