Zombie Run 2014 Mengganas di Putrajaya

Salam pembaca,

Walaupun dah seminggu berlalu, tapi penangan zombie run masih lagi terasa. Luka dekat lutut baru jer nak kering, bengkak dah surut sedikit dan lebam masih belum hilang. Kenangan kena kejar dengan macam-macam jenis zombie memang tak kan dilupakan. Ada zombie kampung pisang, ada zombie sasa, ada zombie pirate, ada zombie askar. Macam-macam lah.. Lepas tu semua zombie agresif gila dok kejar manusia. Macam dah lama tak dapat otak manusia. Ntah apa yang sedap otak manusia pun tak tahulah. Rasanya otak burung unta lagi sedap kan. Hahaha..

Itu lah kenangan kali pertama join Zombie Run Malaysia. Bila member tag dalam FB ajak join, terus usulkan pada husband. Menarik ni kalau join. Malam tu juga google dan cari info pasal zombie run. Rupanya dah pernah ada tahun lepas. Ingatkan baru nak buat tahun ni. Ekekeke.. Lepas dah buat kerja-kerja KGB kita orang pun tak fikir panjang dah. Terus setuju jer. Untuk join zombie run cuma bayar RM112 untuk satu team. Satu team pula perlu ada 4 orang. Sorang cuma bayar RM28 sahaja. Ok lah kan. Lepas tu terus kita orang start feeling macam pelakon cerita The Walking Dead. Hahaha…

Untuk tahun ni zombie run diadakan sekali dengan program Festival Belia 2014 di Precint 4, Putrajaya. So boleh bayangkan lah betapa sesaknya kawasan putrajaya pada hari tersebut. Walaupun dah gerak awal ke sana, tapi tetap sampai lambat juga. Jalan raya nak menuju ke Precint 4 memang sesak habis. Daripada stuck dan buang masa dalam jammed, lebih baik kita orang parking jer mana-mana kawasan yang berhampiran. Sudahnya terpaksa lah jalan kaki dekat 2km dalam keadaan cuaca yang sangat panas terik.

Lepas mendapatkan khidmat GPS melalui telefon dari member iaitu Zakiah a.k.a Zack, sampai juga kita orang dekat khemah pendaftaran peserta zombie run. Tak sempat nak rehat ambil nafas, terus isi borang dan bersedia dekat tempat permulaan. Fuhhh, masa tu dah nampak dah zombie berkeliaran sana sini. Terus kecut perut. Macam-macam soalan yang kita orang fikirkan. Fikirkan strategi lah konon nya. Ekekeke..

Zombie_Run_2014

Lepas kita orang diberikan taklimat tentang cara permainan makin berdebar-debar rasanya. Lagi banyak rama-rama berterbangan dalam perut. Serius.. Memang nervous nak start game ni. Mana taknya, kita orang dah nampak depan mata zombie bersedia untuk terkam manusia untuk mendapatkan otak. Masa tu adalah 5-6 zombie yang dah terpacak nak kejar kita orang. Dah lah ada halangan yang nak kena redah. Boleh ke selamat untuk peringkat yang pertama ni.

festival-belia-zombie-run-malaysia-2014-2Sempat posing lagi kita orang masa ni. Nampak jer kamera yang nak ambil gambar. Hahaha.. Masa ni kita orang tunggu masa untuk dilepaskan dan selamatkan diri masing-masing. Zombie pula dah bersedia nak kejar kita orang.

festival-belia-zombie-run-malaysia-2014-1Cuba acah-acah zombie daripada kejar kita orang. Husband bertindak jadi kapten hari tu. Jadi dia kena lah pastikan kita orang selamat. Hehehe…

Picture kredit untuk 2 gambar di atas dari –> AP Studio

Kumpulan kita orang memang bertuah. Sangat bertuah. Sebabnya? Dipilih sebagai kumpulan pertama yang perlu menyelamatkan diri. Masa ni tak pikir apa dah. Lari sekuat-sekuatnya daripada dikejar zombie. Fuhh, untuk peringkat yang pertama ni kita orang berempat berjaya menyelamatkan diri. Yeaahh… tapi kan saya ada terjatuh sebab terkejut kena sergah dengan zombie. Nasib baik zombie baik tolong selamatkan dan lepaskan. Hahaha.. Selamat nyawa tak kena tarik. Kalau betul lah zombie ni wujud, memang cheq dah mati kena kokaq habaq hang.. 😀

Peringkat ke dua pula kena merangkak. Ala-ala macam latihan tentera. Masa tu ada sorang zombie dah tunggu bawah kain nak tangkap peserta. Masa ni kita orang berempat tak terus masuk. Tunggu peserta lain sampai, lepas tu baru merangkak masuk. Jadi terselamat lah. Sebabnya, zombie pergi kejar orang lain,kita orang pula cepat-cepat lepas kan diri. Hehehe… Kali ni strategi berjaya.

Seterusnya ada lagi halangan lain. Kali ni lebih mencabar sebab tengok makin banyak zombie yang berkeliaran. Aduhh, macam mana nak lepaskan diri ni. Dah lah kawasan tu luas. Boleh ke selamatkan diri. Sekali lagi masa ni saya terjatuh untuk kali yang ke dua. Ada ke zombie pergi tendang tong drum jatuh depan saya. Saya pun terkejut lah dan terus lari. Tak lari jauh pun terus tersungkur lagi. Lari lintang pukang macam ni lah. Hahaha.. Kali ni zombie pun baik hati gak, tolong selamat dan lepaskan. Ada chance lagi ni nak selamat kan diri. Hehehe..

Masa tu sebenarnya dah tak larat sangat. Tercungap-cungap ambil nafas. Langsung takda safety zone disediakan untuk peserta berehat. Memang kita orang terpaksa berlari dan terus berlari daripada dikejar zombie kalau nak selamat. Untuk halangan yang seterusnya saya dah tak larat nak selamatkan diri. Jatuh lagi untuk kali ke tiga bila kena kejar. Hahaha.. Asik jatuh jer pun.. Akhirnya saya pasrah zombie cabut nyawa yang bertampal di belakang baju. Dengan erti kata yang lain, otak dah kena makan dengan zombie. Huhuhu.. Sedih sangat sebab tak berjaya.

Terpaksalah berjalan menuju ke garisan penamat tanpa sebarang nyawa. Toleh kiri kanan dah tak tahu kat mana team saya. Selamat kah mereka? Ataupun dah mati juga? Jalan lah saya sorang-sorang.. Baru je jalan sikit, saya dah rasa sesak nafas.. Pandangan pula dah makin kabur. Rasa macam nak pitam pulak. Nampak ada team medic lepak bawah pokok. Saya pun terus menuju ke arah mereka dan terus terduduk. Petugas medic pun terus tanya kenapa, saya cuma jawab rasa sesak nafas. Tunjuk juga luka di bahagian lutut untuk kedua-dua kaki dan juga tangan. Lepas mereka bersihkan luka dan sapu ubat saya terus baring atas kotak dan berehat.

Tak lama lepas tu Zack datang dan bertanya. Dia pun dah mati jugak rupanya. Bila Zack tengok saya dah separuh nyawa terus dia ambil kotak yang lain dan kipaskan. Saya dah confuse masa tu, siapa petugas medic sebenarnya. Sebabnya lepas medic sapu ubat mereka buat tak tahu jer. Hahaha… Tak lama lepas tu husband pun datang. Rupanya dia pun tak sempat selamatkan diri. Mati juga kena baham dengan zombie. Ekekeke…

Lama juga saya rehat di bawah pokok tu. Setiap kali bangun je terasa oksigen tak sampai ke otak dan terasa nak pitam lagi. Bila dah 3 kali cuba bangun tak boleh, terus petugas medic merangkap dokter datang dengan strecher. Alamak, tak kan nak kena usung pulak kot. Masa saya tengah baring, dokter angkat kaki saya. Katanya nak bagi darah berjalan. Kemudian kaki pulak cramp. Macam-macam betul masalahnya. Hahaha.. Bila dah kaki pun cramp terus dokter cakap ni masalah badan dehydrate. Betul jugak tu. Cuaca panas, saya tak cukup minum air memang mudah lah badan dehydrate. Terus saya diberi minum air garam. Lepas tu saya pun cuba bangun dan berjalan. Alhamdulillah, dah takda rasa pening dan nak pitam. Tak perlu diusung dengan strecher. Boleh bergerak macam biasa, gelak-gelak dan kutuk zombie yang kejam kejar kita orang bersungguh-sungguh. Hahaha….

Nampaknya misi kami berempat nak menjadi survivor tak berjaya. Masing-masing kena terkam dengan zombie. Husband dan Alice tinggal stage yang terakhir untuk selamatkan diri. Tapi nak buat macam mana, zombie sangat mengganas dan gilakan otak kita orang. Tapi walau macam mana pun, kita orang memang betul-betul rasa seronok dengan permainan zombie run. Kalau tahun depan mereka buat lagi, kita orang nak masuk. Zack cakap nak merasa jadi zombie pulak. Hahaha..

Jom kita layan gambar-gambar pula.

zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-01Inilah dia zombie yang mengganas di Putrajaya.. Tiba-tiba ada terselit zombie cilik kat situ.. Hehe..

zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-02Ganas tak muka masing-masing? :pzombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-04Nampak itu khemah dengan kain hitam? Kat situ banyak gila zombie berkumpul. Masa tu lah husband mati dengan zombie. Tak dapat nak selamat kan diri dah.  zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-05Antara halangan yang perlu peserta redah.  zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-06Banyak kan zombie berkeliaran? Semua nak otak.. otak.. otak..  zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-07Ada banyak longkang serta tanah yang tak rata. Bahaya jugak lah. zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-08Percubaan zombi mat skema cuba mengejar kita orang.  zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-09Wefie dulu sebelum start. Nampak tak panasnya petang tu. Alice tak boleh nak buka mata dah. Hahaha zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-10Lari dan lari dan lari dan lari.. Penat jerit ketakutan.. Hahaha… zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-12 Kena merangkak dekat sini.
zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-14Jatuh kali pertamazombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-11Jatuh kali ke dua zombie-run-malaysia-2014-vitamin4kesihatan-03Tamat. Tahun depan cuba lagi. 🙂

Tak puas tengok gambar? Jangan risau.. Tengok video pulak. Lagi real dan baru lah nampak suasana sebenar yang kita orang lalui.

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

11 comments to Zombie Run 2014 Mengganas di Putrajaya

  • PakcikLie PCL  says:

    wah best sakan main kejar2 dgn zombi sampai semput cheq Eem ea…

    • Cheq Eem  says:

      bukan main kejar2 pcl… kena kejar sentiasa…. kalau kejar zombie mesti mati.. ekekeke…. haah.. smpi semput hari tuu… 😀

  • Raudzah  says:

    Menarik..tapi nampak ganas oooo..he..he

    • Cheq Eem  says:

      memang menarik sangat raudzah…. tu yg cuba masuk… rupanya ganas2 sungguh zombie aritu… 😀

  • Nadot  says:

    comelnye zombie run niii… masa dok putrajaya dulu, run biase je la yang masuk… tak pernah terserempak dengan run jenis ni… bestje nampak 🙂

    • Cheq Eem  says:

      saya jarang masuk aktviti run.. kalau ada pun fun walk dengan fun run utk 5km.. yang ni tak sampai 1km pun.. tapi penatnya macam masuk acara pecut 100m… ekekeke…. memang best pergi zombie run hari tu.. 🙂

  • Denaihati  says:

    nasib baik siang, kalau malam ni, boleh demam terkejut…

    • Cheq Eem  says:

      memang ada sesi malam.. bukan saje boleh terkejut, bahaya pun ada gak sebab permukaan yang tak rata..

  • arzmoha  says:

    patutla saya tengok gambar macam sama dengan eshamz photography. isterinya rupanya

    • Eshamz Halim  says:

      ahahahaha… yup bro… blogger cheq eem ni isteri aku… tu pasal gambar sama cam tgk dlm cermin…ekekekekeke.. 😀

    • Cheq Eem  says:

      ekekeke…. haah… masing2 ada blog dengan niche yang berbeza…. 😀

Isikan Komen Anda Disini