Uncategorized

Betul Ke Harga Ayam Seekor Lagi Murah Kalau Beli Online?

Source: https://daging2u.com.my/

Dalam banyak-banyak makanan, ayam lah makanan kegemaran hampir semua orang kerana rasanya yang enak dan boleh dimasak pelbagai jenis masakkan. Namun, kerisauan rakyat sekarang ialah harga ayam seekor yang semakin meningkat ketika dibeli di pasaraya premium.

Fenomena ini dikatakan berlaku akibat pembekal yang menaikkan harga tanpa pertimbangan. Sebagai penyelesaian masalah ini, telah wujud pelbagai penjual daging yang menjual ayam atas talian melalui laman web atau media sosial yang dikatakan oleh netizen bahawa harga ayam seekor yang dijual secara online lebih murah berbanding pembelian di pasar.

Apa kelebihan beli ayam online? Hah, biar kami bantu anda senaraikan beberapa kebaikan membeli ayam online!

Harga lebih rendah!

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat pelbagai penjual daging online di mana harga ayam seekor yang mereka jual lebih rendah dari pasaraya premium, Anda perlu menitikberatkan faktor ini terutamanya mempertimbangkan berapa banyak ayam yang boleh anda masak dengan satu kilo ayam.

Kualiti Ayam Terbaik

Selain harga ayam seekor yang lebih murah, melalui pembelian atas talian, kualiti ayam yang anda beli sudah tentu akan terjamin. Ini kerana terdapat semua maklumat yang anda perlukan di laman web tersebut. 

Bukan sahaja kualiti dan keenakan ayam anda terjamin, namun anda juga tidak perlu khuatir akan status halal daging tersebut kerana penjual ini akan memaperkan sijil mereka di laman web masing-masing. Pembekal tersebut juga akan mendapat sijil tambahan dari Jabatan Veterinar dan Jabatan Kesihatan. Semua ini sudah tentu akan menghilangkan kerisauan anda!

Source: https://daging2u.com.my/

Ayam Sedia Perap & Kisar

Ala, mesti bosan juga, asyik-asyik makan ayam sambal, kari. Yelah, bila beli ayam di pasar, selalunya ayam yang ada, ayam tersebut hanya akan siap dipotong. Tetapi,ketika membeli ayam secara online, kita boleh perhatikan yang selain harga ayam seekor lebih murah, mereka juga mempunyai lebih banyak pilihan ayam berbanding pasaraya premium.

Pilihan ini bukan sahaja pilihan bahagian ayam ya, tetapi juga dari segi terdapat ayam sedia perap untuk ibu bapa sibuk bekerja. Bayangkan, beli ayam sedia perap, balik kerja, letak dalam kuali sahaja, bon appetit! Selain itu, anda juga boleh beli daging ayam sedia kisar untuk buat burger atau bebola daging.

Tunggu apa lagi, anda boleh mula beli ayam daging secara online kat https://daging2u.com.my/ dan tengok je, betapa senangnya proses masak anda akan bertukar!