Uncategorized

Cubalah Style-Style Tudung Bawal Ini Untuk Outing Anda!

Siapa je yang tak suka tudung bawal? Tudung ini boleh dikatakan antara tudung yang paling selesa serta antara paling mudah dipakai oleh wanita Muslimah. Tudung bawal ini juga merupakan kegemaran ramai kerana sifatnya yang serba boleh dan boleh dipakai untuk sebarang majlis. Tetapi, selain style tudung yang anda biasa, terdapat pelbagai jenis style tudung bawal yang anda boleh lakukan dengan mudah dan pantas sebelum anda keluar untuk apa-apa outing! Hah, lepasni bolehlah mengkagumkan kawan-kawan masa outing dengan cara pakai tudung bawal yang baru.

Style Klasik

Source: www.wardahku.com

Style tudung bawal ini sering menjadi pilihan ramai kerana cara memakainya yang mudah namun masih nampak elegan. Style ini sesuai untuk wanita profesional atau pelajar-pelajar universiti. 

Cara pemakaian style tudung bawal klasik ini ialah:

1. Tudung bawal perlu dilipat seperti biasa

2. Bahagian kiri tudung perlu ditarik ke bahu kanan dan dipinkan

3. Anda boleh lilitkan bahagian tudung yang berada sebelah kanan atau, anda boleh lepaskan agar bahagian kiri tudung kelihatan seakan-akan shawl.


Style Mira Filzah

Source: www.wardahku.com

Artis pujaan ramai, Mira Filzah, kerap memakai style tudung bawal ini kerana style ini jika anda lihat, amat sesuai untuk bentuk mukanya. Eh, jangan pula anda rasa kecewa, kerana anda tidak kelihatan seperti Mira Filzah dan style tudung ini bukan untuk anda. Hah, anda kena ingat, pemakaian tudung ini eksperimental, oleh itu, anda perlu selalu berani untuk mencuba style baru.

Cara pemakaian style tudung bawal MIra Filzah ialah:

1. Letakkan tudung bawal di atas kepala anda dengan bahagian labuh di satu sebelah dan bahagian pendek di sebelah lagi.

2. Bahagian pendek ditarik ke sebelah kiri dan anda perlu pinkannya ke telinga. Tudung lebihan perlu ditarik ke belakang dan perlu diselit ke dalam baju anda.

3. Bahagian panjang ditarik ke sebelah kanan dan dipinkan.

4. Kemaskan dan voila!


Style Labuh


Source: www.wardahku.com

Style tudung bawal ini boleh dikatakan paling mudah tetapi jangan andaikan bahawa style ini bosan. Style ini sering menjadi pilihan kerana ia labuh, selesa dan menutup bahagian dada untuk mengurangkan rasa was-was para Muslimah. 

Cara pemakaian tudung bawal style labuh  ini ialah:

1. Sekiranya tudung bawal senang dibentuk, anda boleh terus sarungkan dan pastikan semua bahagian kelihatan kemas.

2. Untuk sedikit upgrade ke style ini, anda boleh letak tudung di kepala, dengan satu bahagian pendek di satu sebelah dan satu bahagian panjang di sebelah lain.

3. Bahagian pendek perlu dikemas dan dipinkan di bahu kiri dan kanan.

4. Bahagian yang lain perlu ditarik ke sebelah muka dan dipinkan ke telinga

Dapatkan tudung-tudung bawal untuk diri sendiri dan cubalah style-style yang berbagai-bagai untuk menghadiri outing yang berbeza. Anda akan menikmati keseronokan semasa menggayakan diri.