Kenapa Kurta Semakin Menjadi Pilihan Lelaki Malaysia?
Kurta lelaki Malaysia seperti menaikkan kekacakkan mereka bukan?
Source: mstar.com.my
Adakah kurta ini trend terbaru? Sebenarnya, lelaki Malaysia dan kurta makin popular kerana stail bajunya agak sama dengan baju Melayu. Kurta ini berasal dari Asia Selatan sejak akhir abad ke-12 dan secara tradisional diperbuat daripada kapas atau sutera.
Stail Kurta Malaysia Berbeza
Masih terdapat segilintir masyarakat yang berpendapat bahawa tiada perbezaan antara kurta dan baju melayu tetapi sebenarnya jika anda perhati, dari segi cutting, kurta ini lebih “body fitting” dan juga kurta ini lebih pendek sedikit berbanding baju Melayu. Tetapi, keunikan kurta ini ialah, ia juga boleh dipakai sebagai baju Melayu! Seperti biasa, pakai kurta dengan seluar pilihan anda, ikat samping dan sedia! Baju Melayu versi baru yang lebih mudah dipakai dan lebih selesa.
Antara stail kurta lelaki Malaysia gemari adalah stail klasik seperti yang selebriti Fattah Amin sering memakai. Style ini agak simple dan bergaya serta boleh dipakai sebagai pakaian formal ke pejabat, masjid atau untuk sebarang outing.
Stail yang seterusnya merupakan kurta di mana kolarnya sedikit naik menjadikannya kelihatan lebih formal namun masih mengekalkan faktor keselesaan.
Adakah anda biasa nampak lelaki Malaysia memakai kurta sebegini?
Source: velria.com
Kenapa Lelaki Malaysia Menggemari Kurta?
Semakin hari, semakin banyak pulak kaum lelaki Malaysia memakai kurta ini tetapi kenapa ye? Sebenarnya, kurta ini bolehlah dikatakan lebih selesa. Ini kerana ia dibuat dari material yang menyejukkan. Kadang-kadang, pakai kurta terlalu selesa rasa macam pakai baju tidur pulak!
Seterusnya, lelaki Malaysia memakai kurta untuk pelbagai jenis majlis jika anda perasaan kerana kurta ini serba-boleh! Jika pakai kurta ini dengan seluar jeans dan kasut sneakers, boleh jadi pakaian kasual, kalau pakai dengan seluar slack dan kasut leather, jadi pakaian formal!
Pemakain kurta di Malaysia bukan sahaja menjadi pilihan artis malah juga menjadi pakaian go-to ahli-ahli politik negara kita. Sering setelah menunaikan solat Jumaat, kita boleh melihat para jemaah menteri berpakain kurta yang berwarna-warni. Besar kemungkinan, mereka memilih untuk memakai kurta kerana ia tidaklah begitu rumit berbanding memakai baju Melayu.
Jadi, anda tunggu apa lagi, mulakan membeli belah online dan, place order dan add ke cart anda! Tetapi ingat ye, betapa banyak kurta datang, masa nikah nanti, jangan lupa pakai baju Melayu.